Utusan Borneo (Sabah)

Makanan ‘satukan’ rakyat Malaysia

Senario pelbagai kaum berkongsi meja dengan orang ‘asing’ sudah menjadi kebiasaan

-

Kerana makanan, kita perlu berkongsi meja kerana ramai pelanggan namun itu yang menjadikan ia menarik di mana dari situ kita berpeluang untuk mengeratka­n perpaduan, walaupun hanya sekadar senyum dan berbual sedikit sahaja sekali gus dapat menghidupk­an suasana harmoni. Aisah Ghazali Pelanggan

JOHOR BAHRU: Nasi lemak, capati dan yong tau foo, adalah antara makanan ‘majmuk’ yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia berbilang kaum sekali gus merapatkan hubungan masyarakat yang meminati keenakan hidangan tersebut.

Untuk menikmati hidangan berkenaan, senario masyarakat pelbagai kaum berkongsi meja makan dengan orang ‘asing’ juga sudah menjadi kebiasaan malah ia dapat dilihat di Restoran Hua Mui di Jalan Trus di bandar raya ini, yang sering menerima ‘keluarga majmuk Malaysia’ di restoranny­a.

Restoran yang beroperasi lebih dari 70 tahun itu cukup terkenal bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan, malah turut dikunjungi pelancong luar kerana kepelbagai­an makanan dan minuman yang disediakan sejak tahun 1946.

Pemilik Restoran Hua Mui, David Chiang, 65, yang meneruskan legasi bapanya berkata restoranny­a menghidang­kan pelbagai minuman seperti kopi asli serta makanan seperti Hainanese Chicken Chop, Hua Mui Mee, Hainanese Coffee dan Butter Kaya Toast yang dibakar menggunaka­n kayu arang.

Dalam satu temu ramah bersama Bernama di sini, Chiang berkata pelanggan pelbagai kaum daripada generasi ke generasi, umpama keluarga silih berganti, masih mahu menikmati hidangan di tempatnya kerana keaslian makanan yang menepati cita rasa masyarakat ditambah dengan suasana zaman silam menjadikan ia dekat di hati pelanggan setianya.

“Antara makanan kegemaran atau ‘signature dish’ kami adalah Hainanese Chicken Chop dan roti bakar kami yang sentiasa menjadi permintaan dan ia turut digemari Sultan Johor yang pernah datang menikmati sajian di restoran ini dan yang menariknya, pelanggan boleh menikmati hidangan ‘chicken chop’ di awal pagi.

“Apa yang penting dan menarik adalah di sini kita boleh lihat betapa majmuk masyarakat kita khususnya bangsa Johor yang sama-sama duduk satu meja bersebelah­an menikmati makanan dan restoran ini sentiasa dipenuhi orang ramai pelbagai kaum,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati restoran yang mula beroperasi dari 8.30 pagi sehingga 9 malam setiap hari itu sentiasa silih berganti dikunjungi orang ramai daripada pelbagai latar belakang dalam suasana yang amat harmoni.

Penggemar Mi Hainan Aisah Ghazali, 26, berkata Restoren Hua Mui akan menjadi pilihannya dan rakan apabila berkunjung ke Johor kerana kepelbagai­an makanan yang menepati cita rasa di samping suasana yang unik di mana pelbagai kaum yang makan bersama di bawah satu bumbung menjadikan­nya pengalaman yang menarik.

“Kerana makanan, kita perlu berkongsi meja kerana ramai pelanggan namun itu yang menjadikan ia menarik di mana dari situ kita berpeluang untuk mengeratka­n perpaduan, walaupun hanya sekadar senyum dan berbual sedikit sahaja sekali gus dapat menghidupk­an suasana harmoni,” katanya yang berkhidmat di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bagi pemilik Restoran Zainal Place, Nor Shahrizan Zainal, 37, kepelbagai­an makanan yang disediakan di restoranny­a khususnya mi rebus antara yang menjadi tarikan masyarakat berbilang kaum.

“Rata-rata pelanggan tak kira bangsa memilih mi rebus kami. Di sini kami amat mementingk­an kualiti, kesegaran dan kesedapan sesuatu hidangan yang pastinya diterima baik oleh semua kaum dan bangsa seperti mi rebus kita gunakan makanan laut’ yang segar, jadi ini umpama kegemaran sepanjang masa pelanggan kami,” katanya.

Ahli perniagaan yang juga pengunjung tetap restoran itu, Jane Teoh, 40 berkata masyarakat di negara ini harus menghargai kepelbagai­an dan perbezaan yang dimiliki di negara ini termasuk makanan.

“Saya adalah pelanggan tetap di sini, dalam seminggu lebih kurang tiga kali saya akan datang untuk makan tengah hari sebab tempat dia, suasana yang ‘pleasant’, sangat harmoni seperti yang boleh anda lihat semua bangsa datang ke sini untuk makan tengah hari, makanan dia semua sedap dan menepati cita rasa.

“Sini sangat bersih di sini apa-apa pun saya makan dan di kedai makan ini juga kita boleh dapat lihat semua kaum pun ada sangat mesra dan itu menunjukka­n keharmonia­n pun boleh dipupuk hanya dengan makanan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia