Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia menuju populasi 15 peratus warga emas menjelang 2030

-

KOTA KINABALU: Malaysia berdepan dengan peningkata­n populasi warga emas sebanyak 15 peratus menjelang tahun 2030.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Phoong Jin Zhe, kerajaan sedar dengan cabaran yang bakal dihadapi dan komited memastikan kebajikan warga emas terus terpelihar­a.

“Kita sedang merangka akta baharu bagi melindungi hak-hak warga emas pada masa kini dan akan datang agar golongan ini tidak merasa tersisih.

“Ini merupakan komitmen kerajaan dalam menghargai golongan yang telah menabur bakti kepada anak bangsa,” katanya dalam Majlis Ulang Tahun Ke20 Persatuan Warga Emas Sabah (COSCA) sempena Sambutan Hari Warga Emas 2019 di Dewan Hakka, kelmarin.

Tambah beliau, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh turut memaklumka­n bahawa akta berkenaan akan diusulkan di parlimen pada tahun hadapan.

Sementara itu, Presiden Majlis Kebangsaan Organisasi Warga Emas (NACSCOM) Datuk Dr Soon Ting Kueh berkata penuaan populasi sememangny­a menjadi kegusaran NACSCOM.

“Sebagai badan yang menjadi medium antara warga tua dan kerajaan, kami memohon agar kerajaan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kebajikan golongan ini tidak dipandang remeh.

“Pelbagai isu akan berbangkit melalui penuaan populasi dari aspek kewangan, penjagaan kesihatan jangka panjang, persekitar­an yang sihat, struktur sosial dan sebagainya. Diharapkan kerajaan dapat memberikan warga tua layanan yang selayaknya,” katanya.

COSCA ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menjaga kebajikan warga tua di Sabah dan kini mempunyai 14 persatuan warga tua berdaftar di negeri ini dengan anggaran keahlian 10,000 orang.

- PENERANGAN

 ??  ?? ULANG TAHUN: Majlis dihadiri oleh ahli-ahli COSCA seluruh Sabah dan ahli NACSCOM dari Kuala Lumpur.
ULANG TAHUN: Majlis dihadiri oleh ahli-ahli COSCA seluruh Sabah dan ahli NACSCOM dari Kuala Lumpur.
 ??  ?? TARIAN: Persembaha­n tarian oleh ahli COSCA.
TARIAN: Persembaha­n tarian oleh ahli COSCA.
 ??  ?? CENDERAHAT­I: Phoong (tengah) menerima cenderahat­i daripada Presiden COSCA Jimmy Ng Thau Syn (dua dari kiri).
CENDERAHAT­I: Phoong (tengah) menerima cenderahat­i daripada Presiden COSCA Jimmy Ng Thau Syn (dua dari kiri).
 ??  ?? HADIAH: Majlis penyampaia­n hadiah bagi pertanding­an nyanyian.
HADIAH: Majlis penyampaia­n hadiah bagi pertanding­an nyanyian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia