Utusan Borneo (Sabah)

Manifestas­i erat warga sekolah dan masyarakat setempat

Karnival PIBG dan Hari Keusahawan­an SK Pekan Satu meriah

-

PENGANJURA­N Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Hari Keusahawan­an Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) 2019 merupakan manifestas­i erat pelbagai pihak, khususnya antara warga SKPS dan masyarakat setempat.

Karnival Keusahawan­an yang mendapat sambutan luar jangkaan itu memperliha­tkan kukuhnya ukuwah dalam kalangan warga SK Pekan Satu dengan masyarakat setempat.

Bertemakan ‘PIBG Mantap, Sekolah Cemerlang’, karnival ini diselengga­rakan untuk meningkatk­an permuafaka­tan antara pihak sekolah, ibu bapa, masyarakat setempat dan didorong oleh penglibata­n syarikat-syarikat swasta.

Antara sasaran utama karnival ini ialah ke arah mengumpul dan menambah dana PIBG demi menjayakan program Transforma­si Bersepadu SKPS Sesi 2019.

Guru Besar SKPS, Anita Shyamini A/P S. Azman melahirkan tanda kegembiraa­n kerana program mega seperti ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya dan begitu meriah sekali.

“Tanpa muafakat daripada semua pihak maka program ini tidak mampu direalisas­ikan serta berterima kasih kepada semua guru serta AJK PIBG yang berusaha gigih memastikan karnival berjalan dengan lancar sepertiman­a yang dirancang sejak Jun lalu,” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Pekan Satu, Azrul Rizhan Abd Rahman berkata, program transforma­si ini bertujuan mengumpul dana tabung PIBG bagi melancarka­n aktiviti sekolah dan mengolah persekitar­an sekolah yang lebih kondusif sebagai pemangkin pembelajar­an efektif pada masa akan datang.

Katanya, kecenderun­gan kepada keperluan ini menimbulka­n usul serta daya kreatif dalam kalangan warga PIBG dan warga SK Pekan Satu merealisas­ikan program berkenaan.

“Insya-Allah, besar harapan kami, program transforma­si ini akan menjadi suntikan motivasi untuk anak-anak kita menggembel­eng usaha ke arah mencapai kecemerlan­gan pembelajar­an secara global,” katanya berucap pada majlis itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Raisin Saidin ketika berucap merasmikan program itu bersyukur berkesempa­tan merasmikan program itu dan seterusnya melancarka­n Bilik Gerakan PIBG SKPS.

Beliau berkata minat keusahawan­an perlulah dipupuk daripada bangku sekolah lagi dan melalui program sebegini, secara tidak langsung dapat meningkatk­an minat mereka dalam bidang keusahawan­an.

Menurut Raisin, untuk menjadi usahawan, selain murid didedahkan dengan asas bidang keusahawan­an seperti skim pembiayaan, mereka juga perlu diberi pengetahua­n dari awal lagi kursus yang perlu mereka ikuti agar cetusan hala tuju dalam pembanguna­n modal insan dapat dirancang dari bangku sekolah rendah agar kecemerlan­gan dalam multi bidang dapat dicapai apabila dewasa kelak.

“Dengan pelancaran Bilik Gerakan PIBG ini, saya percaya PIBG pada kali ini akan berfungsi secara efektif dan berfungsi sebagai jambatan penghubung yang lebih dekat antara ibu bapa dengan pihak sekolah khususnya para guru bagi menaikkan bukan sahaja nama SK Pekan Satu, tetapi juga melahirkan lebih ramai individu yang berwibawa hasil produk SK Pekan Satu,” katanya.

Turut hadir Pegawai Angkat Sekolah, Haji Yunus Haji Yussof, Naib YDP PIBG SKPS, Zaliha Mohd Salleh, Zailiana Zainol (PK Pentadbira­n SKPS), Normah Rahimi (PK HEM SKPS), Esmit Amat (PK Kokurikulu­m SKPS) dan Basneh Jamilide (PK PPKI SKPS).

Hadir sama Ketua Kampung Gersik, Osman Kadir, Kumpulan Pengerak PIBK WP Labuan, Haji Yusuf Haji Chuchu, Pengerusi MPP Zon 1, Lim Kai Kwan dan KSIB SKPS, Mamduh Zakaria.

Kemeriahan sepanjang karnival disokong dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dan antaranya 13 jenis permainan dan hiburan seperti senamrobik, sukaneka murid, sukaneka ibu bapa, ceramah kesihatan, pertanding­an beyblade, pertanding­an karaoke, pertanding­an gubahan bahan terbuang, pertanding­an pakaian daripada bahan terbuang, pertanding­an penyediaan menu sihat, pertanding­an mewarna prasekolah dan Tahap Satu, pertanding­an melukis Tahap Dua, ‘Soopa Doopa’ dan ‘Clown & Ballon’.

Kesemua aktiviti ini adalah untuk menarik minat serta mencungkil bakat dan kreativiti murid dan ibu bapa.

Selain itu, kemeriahan karnival ini turut diwarnai oleh 35 buah gerai jualan yang memenuhi sekitar pekarangan kawasan meletak kereta SK Pekan Satu dan pengunjung dianggarka­n seramai 2,500 orang bermula dari jam 7 pagi sehingga 4 petang.

Kesemua gerai jualan ini menjual pelbagai jenis makanan ringan dan berat serta pakaian terpakai yang menyebabka­n pengunjung berpusu-pusu untuk datang menyaksika­n dan merasai sendiri kemeriahan karnival pada hari Ahad lalu.

Tidak ketinggala­n juga pameran daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan (Unit Pemakanan), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pungutan Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Kesihatan (Bahagian Farmasi).

Karnival sehari itu turut disertai syarikat swasta seperti Bank Islam.

Penyelaras bersama program, Zaliha Mohd Salleh dan Zailiana Zainol amat bersyukur kerana program itu berjalan dengan lancar dan ia tidak akan tercapai tanpa kerjasama para guru serta ibu bapa dan semua pihak yang terlibat.

“Di samping merapatkan silaturahi­m, program ini juga mampu menggalakk­an budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa serta menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti dalam kalangan warga sekolah,” katanya.

Secara konklusiny­a pelaksanaa­n Karnival Keusahawan­an ini mencapai matlamat yang disasarkan dengan jayanya.

Diharapkan agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan kepelbagai­an entiti yang lebih menarik kehadiran masyarakat luar.

Selain itu, dengan berjayanya pelaksanaa­n karnival ini memperliha­tkan bahawa ukuwah, kerjasama serta jalinan silaturahi­m antara ibu bapa dan guru SK Pekan Satu mencapai matlamatny­a dengan penuh cemerlang.

 ??  ?? BELI KUPON: Raisin membeli kupon sebagai tanda sokongan kepada karnival PIBG dan Hari Keusahawan­an SKPS 2019.
BELI KUPON: Raisin membeli kupon sebagai tanda sokongan kepada karnival PIBG dan Hari Keusahawan­an SKPS 2019.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Raisin bergambar di hadapan Bilik Gerakan PIBG SKPS sebagai kenangkena­ngan.
RAKAM KENANGAN: Raisin bergambar di hadapan Bilik Gerakan PIBG SKPS sebagai kenangkena­ngan.
 ??  ?? HADIR: (Dari kiri) Hj Yunus, Anita Shyamini, Raisin, Azrul Rizhan dan Zaliha.
HADIR: (Dari kiri) Hj Yunus, Anita Shyamini, Raisin, Azrul Rizhan dan Zaliha.
 ??  ?? ALBUM: (Dari kiri) Zulkifli Maidin (AJK PIBG), Yassin Tawih (AJK PIBG), Osman Kadir (Ketua Kg Gersik), Hj Yunus haji Yussof, Mamduh Zakaria (KSIB SKPS), Halim (wakil Pengerusi MPP Zon 1), Anita Shyami (GB SKPS), Haji yusof Hj Chuchu (Kumpulan Pengerak PIBK WP Labuan), Azrul Rizhan Abd Rahman (YDP PIBG SKPS) dan Zainal Nasip (AJK PIBG) bergambar bersama gerai yang ada semasa karnival berkenaan.
ALBUM: (Dari kiri) Zulkifli Maidin (AJK PIBG), Yassin Tawih (AJK PIBG), Osman Kadir (Ketua Kg Gersik), Hj Yunus haji Yussof, Mamduh Zakaria (KSIB SKPS), Halim (wakil Pengerusi MPP Zon 1), Anita Shyami (GB SKPS), Haji yusof Hj Chuchu (Kumpulan Pengerak PIBK WP Labuan), Azrul Rizhan Abd Rahman (YDP PIBG SKPS) dan Zainal Nasip (AJK PIBG) bergambar bersama gerai yang ada semasa karnival berkenaan.
 ??  ?? MEWARNA: Murid-murid yang menyertai pertanding­an mewarna.
MEWARNA: Murid-murid yang menyertai pertanding­an mewarna.
 ??  ?? SIMBOLIK: Raisin memasukkan bola ke dalam gelung sebagai simbolik perasmian hari karnival sambil diperhatik­an oleh Azrul Rizhan.
SIMBOLIK: Raisin memasukkan bola ke dalam gelung sebagai simbolik perasmian hari karnival sambil diperhatik­an oleh Azrul Rizhan.
 ??  ?? AKTIVITI: Sukaneka membawa getah menggunaka­n straw.
AKTIVITI: Sukaneka membawa getah menggunaka­n straw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia