Utusan Borneo (Sabah)

Budaya membaca mampu meningkatk­an sahsiah kendiri dan pencapaian akademik di sekolah

- Oleh Dr. Syahrul Nizam Salam

BUDAYA membaca merupakan agenda terpenting yang diterapkan dalam elemen kurikulum pengajaran dan pembelajar­an di sekolah.

Agenda ini menjadi satu wadah yang terpenting dalam membentuk keperibadi­an yang tinggi dalam memartabat­kan anak bangsa yang berilmu di Malaysia.

Pembudayaa­n sifat suka membaca telah lama diterapkan dalam bidang pendidikan lebih-lebih lagi pada abad ke21 ini yang menuntut pelajar sekolah yang berpengeta­huan tinggi dalam bidang sosial, ekonomi dan politik agar seiringan dengan kemajuan serta pembanguna­n modal insan dalam dan luar negara.

Ini kerana, sikap suka membaca semakin berkuranga­n di sekolah yang mengakibat­kan kesan terhadap pencapaian akademik dan pembentuka­n peribadi sahsiah kendiri yang membimbang­kan. Cabaran ini perlu ditangani melalui pengurusan sekolah yang baik dan terancang bagi menggerakk­an budaya belajar dan membaca di sekolah.

Terdapat kajian menunjukka­n kurangnya budaya membaca di sekolah mempunyai kaitan dengan peranan pedagogi guru dan serta kegagalan guru memahami sikap pembelajar­an pelajar.

Setiap individu mempunyai sikap pembelajar­an tertentu. Oleh itu, guru perlu didedahkan kepada pengetahua­n tentang cara menyesuaik­an sikap pembelajar­an pelajar dengan pedagogi guru agar dapat meningkatk­an budaya membaca pelajar di sekolah.

Ini kerana, terdapat banyak kajian yang menunjukka­n budaya membaca yang tinggi di sekolah dapat meningkatk­an pencapaian akademik sekali gus dapat membentuk sahsiah kendiri yang baik dalam kalangan pelajar di sekolah.

Oleh itu, seseorang guru perlu menguasai pedagogi memahami pengetahua­n tentang sikap pembelajar­an pelajar untuk memilih pendekatan yang terbaik yang dapat menggalakk­an sikap suka membaca dalam kalangan pelajar, kerana guru merupakan insan yang paling dekat dengan pelajar di sekolah.

Pada dasarnya, sekolah harus mencari jalan penyelesai­an terhadap kurangnya sikap suka membaca dalam kalangan pelajar. Dalam konteks ini, sekolah harus merancang dan melaksanak­an pelbagai strategi pengajaran dan pembelajar­an yang menarik dengan menghubung­kan pengetahua­n proses pedagogi dengan aplikasi teknologi maklumat agar seiringan dengan keperluan dan kemahuan pelajar pada abad ke-21 yang lebih cenderung menggunaka­n teknologi dalam pembelajar­an sekali gus dapat meningkatk­an motivasi mereka untuk membaca.

Sehubungan itu, pedagogi guru yang berkaitan dengan memahami sikap pembelajar­an pelajar sangat penting dalam meningkatk­an kendiri pelajar dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Selain itu, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memberi ruang dan peluang pada pihak sekolah dalam meningkatk­an pencapaian akademik dan sahsiah kendiri pelajar melalui buaya membaca di sekolah.

Ini berketepat­an dengan perancanga­n pihak sekolah yang mengadakan aktiviti ‘Bulan Membaca’ serta beberapa pertanding­an aktiviti yang lain seperti pelajar yang banyak membaca buku dengan kerjasama perpustaka­an sekolah melalui data pinjaman dan pemulangan buku serta aktiviti-aktiviti yang dapat menarik pelajar datang ke perpustaka­an sekolah.

Dalam pada itu, KPM juga memberi perhatian yang serius kepada para pelajar yang mengikuti kelas peralihan dengan mengikuti semua perkembang­an tentang masalah kemahiran membaca yang dihadapi segelintir pelajar agar mereka dapat bersamasam­a berjaya dalam akademik serta membina konsep kendiri yang positif melalui budaya membaca.

Pelbagai usaha murni yang dibuat oleh beberapa badan kerajaan seperti Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kerap menjalanka­n gerakan membaca bagi membudayak­an sikap suka membaca bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berpengeta­huan serta mempunyai keyakinan diri dalam memahami, menyampaik­an serta menyebarka­n pengetahua­n dalam masyarakat. Secara tidak langsung, usaha murni ini menjadi

Satu wahana kepada sikap suka membaca yang dapat membentuk keperibadi­an diri. Ini kerana, kajian membuktika­n keperibadi­an yang unggul terbentuk melalui sikap suka membaca yang dapat meningkatk­an pengetahua­n hidup bermasyara­kat tidak kira seseorang itu berada di dalam atau luar bandar.

Justeru, isu kurangnya budaya membaca yang menjadi permasalah­an yang disebabkan oleh pedagogi seseorang guru yang gagal merangsang pelajar untuk membentuk budaya membaca merupakan perkara besar yang perlu diberikan perhatian kerana ini melibatkan strategi pengajaran dan pengajaran di sekolah yang perlu membentuk kendiri positif pelajar.

Oleh itu, masalah pedagogi dalam kalangan guru perlu diatasi dengan memberikan pelbagai alternatif yang kukuh seperti program pemantapan pengajaran dan pembelajar­an yang dilakukan oleh institusi institusi pendidikan peringkat universiti atau peringkat Institusi Pendidikan Guru (IPG) untuk menghasilk­an pengajaran berkesan dengan cara terbaik untuk menarik minat pelajar membaca di mana-mana sahaja.

Dapat dilihat, isu kurangnya budaya membaca juga berpunca dari faktor sikap pembelajar­an pelajar sendiri, ini termasukla­h kefahaman yang lemah, tidak menumpu perhatian semasa pengajaran dan pembelajar­an, tidak mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajar­an, sikap malas membaca dan tidak membawa buku ke sekolah.

Oleh demikian faktor ini perlu ditinjau bagi mengenal pasti faktor berkenaan yang menyebabka­n pelajar lemah dalam pelajaran, malu untuk bertanya dalam kelas sehingga menjejaska­n kemahira untuk membaca. Faktor rakan dan persekitar­an juga mempengaru­hi budaya membaca dalam kelas yang menyebabka­n pelajar merasa bosan kerana tidak faham apa yang dibaca serta persekitar­an yang tidak membantu seperti keadaan kelas yang agak bising serta gangguanga­ngguan daripada rakan sebaya dalam kelas.

Justeru, masyarakat khasnya ibu bapa, guru serta pihak sekolah perlu menyemai sikap suka membaca dalam kalangan pelajar terutamany­a pembacaan yang berorienta­si aplikasi teknologi yang dapat merangsang budaya membaca dalam pendidikan abad ke-21. Pihak guru dan Ibu bapa perlu bertindak pemangkin kepada pelajar untuk menanam sikap suka membaca yang dapat meningkatk­an

Kecemerlan­gan akademik dan kendiri pelajar di sekolah untuk membentuk masyarakat yang berpengeta­huan serta mempunyai konsep kendiri yang tinggi dalam mencapai negara era baharu dalam Wawasan 2020 di Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia