Utusan Borneo (Sabah)

Koperasi sekolah boleh pupuk minat berniaga dalam kalangan pelajar

-

PADANG BESAR: Koperasi sekolah boleh memainkan peranan ke arah membimbing pelajar sekolah menyiapkan diri menjadi usahawan berjaya setelah tamat persekolah­an, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Beliau berkata melalui penglibata­n pelajar sebagai pemimpin dan ahli koperasi secara tidak langsung melatih mereka minat berniaga sekali gus tidak semata-mata mengharapk­an untuk bekerja makan gaji sahaja.

“Jika para ahli koperasi tersebut diasuh dengan aktiviti perniagaan di sekolah sudah tentu minat berkenaan dapat terus dibawa selepas tamat persekolah­an untuk dijadikan perniagaan sebagai sumber rezeki kelak,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Graduasi Ke-8 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman, Beseri dekat sini.

Katanya terdapat lebih 1.6 juta pelajar menjadi ahli kepada 2,431 koperasi sekolah dalam berbagai jenis bidang perniagaan bersesuaia­n dengan sekolah masing-masing.

Abdul Fattah berkata ANGKASA sedia menghulurk­an khidmat untuk membimbing barisan kepimpinan dan ahli koperasi di sekolah-sekolah agar perniagaan koperasi mereka lebih berjaya.

Pada majlis tersebut Abdul Fattah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 314 pelajar tingkatan lima, enam atas dan kelas pendidikan khas yang akan menamatkan pengajian mereka di sekolah berkenaan tahun ini.

Turut hadir pengetua sekolah terbabit Ayub Ahmad dan Pengerusi ANGKASA Perlis, Sahimi Shaari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia