Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO bantu tiga beradik yatim piatu, jadikan anak angkat

-

MARANG: Nasib tiga beradik yang kehilangan ibu bapa akibat kemalangan jalan raya di Muadzam Shah, Rompin, baru-baru ini terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) turut tidak ketinggala­n dalam menghulurk­an bantuan dan hari ini mereka menjadikan Aryan Rizqy Muhammad Noor Idham, 6; Areesh Razeen, 4; dan Arfaan Rakeen, 2, sebagai anak angkat.

Perkeso juga menyampaik­an cek faedah pengurusan mayat sebanyak RM4,000 selain pencen penakat lebih RM900 sebulan sehingga usia tiga beradik tersebut 21 tahun.

Majlis penyerahan itu dilakukan oleh Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Husin kepada nenek kanak-kanak tersebut Zainab Mamat, 61. Turut hadir isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman.

Farihah berkata semakan pihaknya mendapati keluarga berkenaan berhak dan layak mendapat ganjaran faedah pengurusan mayat dan pencen penakat kerana ibu bapa kepada tiga beradik itu iaitu Muhammad Noor Idham Ramli, 31, dan Surawati Mohd, 33, merupakan pencarum PERKESO.

Dalam kejadian jam 4.53 pagi Khamis lepas, Muhammad Noor Idham meninggal dunia selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka lima beranak bertembung dengan sebuah lori muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, Rompin.

Isterinya pula menghembus­kan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah, Pahang kira-kira tiga jam kemudian manakala Aryan Rizqy, Areesh Razeen, dan Arfaan Rakeen yang turut terbabit dalam kemalangan itu cuma cedera ringan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia