Utusan Borneo (Sabah)

Salah dijangka masih dapat bermain menentang United

-

LONDON: Mohamed Salah terseliuh buku lali dalam kemenangan lewat Liverpool ke atas Leicester, menurut laporan kelmarin, tetapi pemain Mesir itu dijangka masih dapat bermain dalam perlawanan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Manchester United (MU) pada 20 Oktober.

Salah keluar terhencoth­encot dalam masa tambahan sewaktu kemenangan 2-1 ke atas pasukan The Foxes pada Sabtu lepas setelah buku lali kirinya selepas menerima terjahan keras daripada Hamza Choudhury.

Pemain antarabang­sa Bawah 21 England itu dilayangka­n kad kuning tetapi pengurus Liverpool Jurgen Klopp percaya dia sepatutnya dilayangka­n kad merah bagi asakan yang dia anggap sebagai amat berbahaya sekali.

Salah sudah pun dibenarkan untuk tidak bermain dalam perlawanan persahabat­an Mesir menentang Botswana pada 14 Oktober selepas ketua jurulatih pasukan The Pharaohs, Hossam El Badry, berkata pemain bintangnya “mesti berehat”.

Akhbar Liverpool Echo melaporkan: “Salah mengalami kecederaan buku lali yang terseliuh dalam asakan itu, dan walaupun tiada skala masa ditetapkan bagi kepulangan­nya, Liverpool berharap tiada kerosakan jangka panjang telah berlaku.” Selepas Salah dikeluarka­n, Liverpool menjaringk­an gol lewat menerusi tendangan penalti James Milner untuk melebarkan kelebihan lapan mata di tempat teratas EPL.

Seterusnya mereka dapat memburukka­n lagi penderitaa­n yang dialami MU selepas pasukan Red Devils ketinggala­n 15 mata di tempat ke-12 di belakang Liverpool.

“Salah belum lagi disahkan dapat atau tidak dapat bermain dalam perlawanan itu, kerana ia masih terlalu awal dalam proses pemulihan bagi kakitangan perubatan untuk membuat keputusan,” tambah laporan akhbar Echo. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia