Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Millenium BC atasi Dream Team Patiambun

-

LABUAN: Pasukan Millenium Badminton Club (MBC) telah mengadakan perlawanan badminton persahabat­an dengan Dream Team Patiambun Limbang Sarawak di Dewan SK Layang-Layangan, barubaru ini.

Seramai 35 orang pemain pasukan Dream Team berkunjung datang ke Wilayah Persekutua­n Labuan untuk menguji keserasian pasukan tersebut.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat untuk beraksi dalam kategori Single Open, Single Veteran, Regu Veteran, Single B12, Regu B15, Regu Open, Single B15, Mix Double Lelaki Open dan Veteran.

Pasukan Millenium menang 5 daripada 8 perlawanan yang diadakan pada 5 Oktober lalu.

Pengerusi pasukan Millenium BC, Khairul Abd Ghani, mengucapka­n terima kasih atas kunjungan pasukan Dream Team Limbang ke Wilayah Persekutua­n Labuan sekaligus mengadakan perlawanan dengan anak buahnya.

Beliau yakin selain untuk mengeratka­n hubungan persahabat­an antara keduadua pasukan, perlawanan itu penting untuk menguji kemantapan dan keserasian pemain yang diturunkan.

“Peluang beraksi membolehka­n kami melihat pemain yang mampu mewakili pasukan Millenium BC bagi menghadapi pelbagai pertanding­an di peringkat Labuan mahupun persahabat­an di luar Labuan pada masa akan datang,”katanya.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada kedua-dua pasukan atas semangat dan komitmen yang ditunjukka­n pemain.

“Pasukan Millenium BC akan mengadakan lawatan balas ke Limbang tidak lama lagi,”katanya ditemui selepas perlawanan tersebut.

Khairul juga berharap pemain muda yang diturunkan akan melipatgan­dakan latihan untuk terus melakar kemenangan pada perlawanan seterusnya.

 ??  ?? CENDERA KENANGAN: Khairul (jersi cerah) menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil kelab Dream Team Limbang Sarawak.
CENDERA KENANGAN: Khairul (jersi cerah) menyampaik­an cendera kenangan kepada wakil kelab Dream Team Limbang Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia