Utusan Borneo (Sabah)

Di Francesco tinggalkan Sampdoria selepas lapan perlawanan

-

ROM: Jurulatih Eusebio Di Francesco meninggalk­an kelab Sampdoria selepas mencapai persetujua­n bersama walaupun menggalas tugas untuk hanya lapan perlawanan sahaja, kelab bermasalah dalam Serie A itu mengumumka­n kelmarin.

Pengurus berusia 50 tahun itu, yang dipecat oleh Roma pada Mac lalu, menyaksika­n pasukannya di Sampdoria jatuh ke tempat tercorot dalam liga utama Itali ekoran enam kekalahan daripada tujuh perlawanan pertama mereka pada musim ini.

Kelab di Genoa itu berada tiga mata di bawah zon selamat ekoran kekalahan 2-0 pada Sabtu lepas di Verona.

Di Francesco membimbing Roma ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara 201718 selepas siri perlawanan termasuk kebangkita­n menakjubka­n ketika menentang Barcelona pada peringkat suku akhir walaupun tewas 41 pada perlawanan pusingan pertama.

Menurut laporan media Itali, bekas pengurus Inter Milan dan Fiorentina, Stefano Pioli, dan Claudio Ranieri, 67 tahun, yang mengambil alih tempat Di Francesco sebagai jurulatih sementara di Roma pada musim lepas, adalah calon untuk mengisi jawatan yang kosong di Sampdoria. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia