Utusan Borneo (Sabah)

F1: Yamamoto berpeluang bukti kehebatan di Litar Suzuka

-

PARIS: Pemandu kereta lumba dari Jepun Naoki Yamamoto telah diberi peluang untuk meyakinkan ketua Formula Satu selepas Toro Rosso mengumumka­n kelmarin bahawa dia akan memandu dalam latihan pertama pada hujung minggu ini di Grand Prix bagi tanahairny­a di Suzuka.

Yamamoto, 31 tahun, yang memenangi kejohanan Super GT dan kejohanan Super Formula pada 2018, akan memandu kereta Pierre Gasly pada Jumaat ini.

Pemandu Perancis itu, yang hilang tempat dalam pasukan Red Bull kepada Alexander Albon pada awal musim ini, akan memandu kereta itu semula bagi baki perlumbaan pada hujung minggu ini.

“Saya gembira kerana berpeluang untuk memandu kereta Formula 1 pada hujung minggu ini, sesuatu yang telah menjadi impian saya sejak saya masih budak lagi,” Yamamoto menyebut dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pasukannya.

“Untuk mendapat peluang ini di Suzuka, litar yang sangat penting bagi semua pemandu kereta lumba di Jepun, di depan peminat yang begitu ramai di Jepun, akan menjadikan pengalaman itu jauh lebih istimewa lagi.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia