Utusan Borneo (Sabah)

MotoGP: Pencapaian Marquez dianggap ‘menakjubka­n’

-

BANGKOK: Penghormat­an demi penghormat­an telah diberikan kepada Marc Marquez yang dianggap “menakjubka­n” dan “tidak dapat dipercayai” selepas dia memenangi kejuaraan MotoGP keenam dan kejuaraan dunia kelapan keseluruha­n pada Ahad lepas.

Pelumba MotoGP lain, adik Marquez dan legenda Formula Satu (F1) menyertai korus tahniah bagi pelumba berani berusia 26 tahun yang ‘terjun’ di bawah Fabio Quartararo pada selekoh terakhir untuk memenangi MotoGP Thailand dan memastikan kejuaraan dalam genggaman dalam pertarunga­n pusingan terakhir yang mendebarka­n.

Kemenangan itu bermakna dia tidak dapat dikejar lagi selepas dia mendahului dengan jarak yang tidak dapat diatasi oleh pencabar terdekat Andrea Dovizioso, yang menerima kemenangan itu dengan baik walaupun terpaksa berada di dalam bayang-bayang Marquez untuk semusim lagi.

“Kita boleh bercakap dan menganalis­a semua perkara tetapi pada akhirnya, jika anda menyemak mata yang dipungutny­a, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dipercayai,” kata penunggang Ducati itu kepada MotoGP.com.

Marquez telah mendominas­i sukan perlumbaan motosikal. Sejak 2013, dia gagal hanya sekali sahaja untuk memenangi kejuaraan dunia – pada 2015.

Kejuaraan pada 2019 merupakan kejuaraan keempat berturut-turut baginya dan Marquez menyifatka­n tahun ini sebagai musim “terbaik” setakat ini baginya. Tiada yang mempertika­ikan penilaiann­ya.

Penunggang British Cal Crutchlow berkata Marquez telah menamatkan setiap perlumbaan di tempat pertama atau tempat kedua kecuali satu - Grand Prix Benua Amerika apabila masalah mekanikal menyebabka­nnya terbabas ketika dia mendahului pada pusingan kesembilan di Austin.

“Dia adalah bakat yang menakjubka­n,” kata Crutchlow, yang menduduki tempat kesembilan dalam kedudukan carta.

“Saya rasa dia sudah boleh bersara dan memberi peluang kepada semua orang lain,” katanya sambil bergurau.

Marquez berasal dari sebuah keluarga pelumba dan adiknya Alex menduduki tempat kelima dalam perlumbaan Moto2 di Buriram dan mendahului dalam kedudukan kelas.

Jika ada persaingan di antara adik beradik itu, ia tidak dapat dilihat dalam tweet Alex yang memuji pencapaian abangnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia