Utusan Borneo (Sabah)

Bimo Indonesia juara B13 Piala Bola Sepak Borneo

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pasukan Bimo Indonesia muncul juara kategori bawah 13 tahun (B13) Piala Bola Sepak Borneo Malaysia 2019.

Perlawanan akhir yang berlangsun­g di Stadium Likas semalam menyaksika­n Bimo merangkul gelaran juara dengan menumpaska­n MFC Filipina 4-1.

Penentuan tempat ketiga dan keempat pula menyaksika­n Sekolah Sukan Datuk Peter Mojuntin Penampang mengalahka­n Malaya Filipina 2-1 manakala SBAI Indonesia menundukka­n Adelaide City Australia 3-0 pada penentuan tempat kelima dan keenam.

Sebelum itu, Dreaming Football United (DFU) Filipina mengalahka­n BISP Thailand 1-0 pada penentuan tempat ketujuh dan kelapan manakala TABS Bandaraya KK juga menang 1-0 ke atas Selaping Youth FC Malaysia pada penentuan dua tangga tercorot.

Kejohanan tahunan anjuran Borneo Sports and Holiday Adventures itu diteruskan dengan pertanding­an kategori B12 bermula semalam.

Kategori B12 dijadualka­n selesai esok (Khamis) dan akan disusului dengan dengan pertanding­an B11 dan B10.

Kejohanan itu juga telah mempertand­ingkan kategori B16, B15 dan B14.

 ??  ?? JUARA: Juara B13, Bimo Indonesia merakamkan reaksi gembira selepas majlis penyampaia­n hadiah.
JUARA: Juara B13, Bimo Indonesia merakamkan reaksi gembira selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia