Utusan Borneo (Sabah)

PLOM sedia harungi cabaran Sukan SEA

-

KOTA KINABALU: Buat pertama kali Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) akan menghantar enam peluncur ombak ke sukan SEA di Filipina hujung tahun ini setelah badan itu memperoleh­i sijil pendaftara­n sebagai badan sukan daripada Pesuruhjay­a Sukan Malaysia pada Ogos lepas.

Anggota pengurusan PLOM Malaysia, Ronny Rizal berkata, enam peluncur ombak itu ialah Mohamamad Didaqt Musaddiq, Mohd Nazrin Nasruddin, Mohd Daud Mohd, Mohd Suhaimi Hassan, Mona Rasidah Abdul Rashid dan Nur Alia Erika Mohd Azmi.

“Kita berharap penyertaan sulung PLOM ke Sukan SEA dapat meraih kejayaan buat Malaysia. Peluncur ombak kami sudah membuat persediaan dengan menjalani modul latihan yang ditetapkan,” katanya.

Ronny berkata, dengan terdaftar PLOM sebagai badan sukan kebangsaan, pihaknya bercadang untuk menghantar peluncur ombak Malaysia ke pertanding­an luncur ombak antarabang­sa yang diiktiraf.

“Kami juga bercadang untuk memperkena­lkan pembanguna­n sukan luncur ombak di peringkat akar umbi dan melalui gabungan peringkat kelab seperti Sabah Surfing Associatio­n (SSA), Persatuan Luncur Ombak Terengganu (PLOT), Johor Surfing Associatio­n (PLOJ) dan banyak lagi kelab-kelab di seluruh Malaysia.

“Selain itu, sasaran PLOM ialah memilih peluncur ombak untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana pertanding­an luncur ombak peringkat antarabang­sa,” katanya.

Katanya, walaupun sukan luncur ombak sudah lama bertapak di Malaysia, tetapi ia masih belum begitu terserlah sebab tidak mendapat publisiti luas.

“Saya fikir sukan luncur ombak mempunyai potensi untuk dimajukan di Malaysia, malah boleh menyumbang kepada industri pelanconga­n negara dan harapan saya agar ada pelapis-pelapis luncur ombak dari Sabah yang dapat mewakili Malaysia pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? JANJIKAN YANG TERBAIK: Ronny (kiri sekali) bersama pegawai MSN dan para pegawai PLOM.
JANJIKAN YANG TERBAIK: Ronny (kiri sekali) bersama pegawai MSN dan para pegawai PLOM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia