Utusan Borneo (Sabah)

Bola Keranjang Unity Cup buka penyertaan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pasukan-pasukan di negeri ini dipelawa menyertai Kejohanan Bola Keranjang Unity Cup - Trofi Cabaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Gelanggang Bola Keranjang Tuaran pada 9-17 November depan.

Kejohanan anjuran Kelab Lions Tuaran itu mempertand­ingkan kategori Lelaki Terbuka dan Veteran.

Pengerusi penganjur, Frankie Goh yang juga Pengerusi Kelab Lions Tuaran berkata, setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 12 pemain di samping seorang pengurus pasukan dan jurulatih.

Untuk kategori Lelaki Terbuka katanya, pemain berusia 18 tahun ke atas mestilah telah menetap di negeri ini sekurangku­rangnya enam bulan manakala hanya dua pemain negeri atau daerah dari Piala SABA 2017 dan 2018 dibenarkan didaftarka­n oleh setiap pasukan.

“Peraturan ini bagaimanap­un dikecualik­an untuk pemain berusia 18 tahun ke bawah dan untuk kategori veteran.

“Pertanding­an akan mengguna pakai peraturan FIBA (Persekutua­n Bola Keranjang Antarabang­sa) 2018,” kata Frankie dalam kenyataann­ya semalam.

Pasukan dikenakan yuran penyertaan RM1,200 dan deposit RM300 yang mesti disertakan bersama kepada penganjur semasa pendaftara­n penyertaan.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk juara, kedua RM800 dan ketiga RM500 untuk kategori Lelaki Terbuka manakala juara kategori Veteran akan menerima RM800, kedua RM500 dan ketiga RM300.

Juara juga akan menerima trofi cabaran, trofi kejohanan dan medal, pemenang tempat kedua dan ketiga menerima trofi dan medal manakala pemenang keempat menerima trofi sahaja.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Oktober sebelum mesyuarat penguruspe­ngurus pasukan diadakan pada tarikh sama pada jam 2.00 petang di Kelab 5th Avenue, Luyang.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i Hurrican Sports, Karamunsin­g Capital (016- 8336133), Loung Bee Enterprise, Asia City Complex (0168336647) atau Frankie Goh (019- 8623997).

 ??  ?? PENGANJUR: Frankie (empat dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n sepanduk prmosi dan hadiah kejohanan.
PENGANJUR: Frankie (empat dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n sepanduk prmosi dan hadiah kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia