Utusan Borneo (Sabah)

Sabah optimis bentuk skuad impian

Libatkan tambahan kualiti, pengalaman dalam pasukan harungi saingan Liga Malaysia, Liga Super 2020

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Sabah optimis mampu membentuk skuad impian yang bakal dipertaruh­kan bagi mengharung­i cabaran baharu lebih besar dalam Liga Malaysia termasuk saingan Liga Super musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony berkata, perancanga­n untuk menjelmaka­n skuad impian itu sudah ada dan telah bermula.

“Kami sedang berusaha membentuk skuad impian iaitu skuad Tambadau Sabah yang kehadirann­ya benarbenar dirasai dalam Liga Malaysia musim depan. Menguji dua calon import dari Brazil dan Argentina seperti yang anda lihat malam ini adalah antara usaha awal kami.

“Skuad impian ini melibatkan tambahan kualiti dan pengalaman dalam pasukan termasuk dengan membawa masuk beberapa pemain baharu, sama ada pemain import tempatan atau luar negara,” kata Peter.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menyaksika­n pasukan berlatih dan ujian terhadap calon import dari Brazil, Laerci Gomes Costa, 29, dan Jose Augusto Sardon, 30, dari Argentina di Stadium Likas malam semalam.

Mengenai calon import yang bermain di posisi te-ngah dan serangan itu, Peter berkata, pemilihan pemain import hanya akan diputuskan selepas ada yang benar-benar sesuai untuk pasukan.

“Ada beberapa calon import luar negara lagi yang berminat dan akan datang untuk menjalani ujian pemilihan. Kita akan lihat calon-calon import ini dan buat penilaian sebelum buat keputusan.

“Kalau tidak ada yang menepati kehendak kita, kami akan mencari sendiri di luar negara sehingga dapat yang benar-benar sesuai. Kami mungkin akan cari di Korea, Jepun atau Indonesia,” katanya.

Sambil itu, Peter membayangk­an kemungkina­n Sabah juga bakal dibarisi beberapa import tempatan baharu.

“Sudah ada beberapa pemain (import tempatan) yang memang sesuai dan menepati keperluan pasukan kita telah menunjukka­n minat menyarung jersi Tambadau. Kita sedang mempertimb­angkan perkara ini.

“Pembentuka­n skuad impian ini juga bermakna kemungkina­n ada pemain sedia ada yang digugurkan. Kita akan umumkan perkara ini dalam masa terdekat bagi membolehka­n mereka yang tidak tersenarai mencari pasukan baharu,” katanya.

Peter yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah berharap, pembentuka­n skuad Tambadau Sabah akan dapat dilengkapk­an selewat-lewatnya sebulan atau sebulan setengah sebelum saingan musim depan bermula yang dijadualka­n pada awal Februari.

“Skuad impian yang kita mahu bukan sahaja mantap dalam kesebelasa­n utama tetapi juga di bangku simpanan. Saya optimis kami mampu melakukann­ya kerana kali ini kami ada lebih banyak masa dan kami sudah memulakann­ya,” katanya.

Sabah akan beraksi di Liga Super musim depan selepas muncul juara Liga Premier musim ini.

 ??  ?? CALON IMPORT: Calon import dari Argentina, Sardon (kanan) dan Brazil, Laercia (tengah) dan import Sabah musim ini, Aguinaldo Mendes semasa latihan pasukan di Stadium Likas malam semalam.
CALON IMPORT: Calon import dari Argentina, Sardon (kanan) dan Brazil, Laercia (tengah) dan import Sabah musim ini, Aguinaldo Mendes semasa latihan pasukan di Stadium Likas malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia