Utusan Borneo (Sabah)

Jentera muda England, Itali buru tiga mata berharga

Skuad kendalian Southgate, Mancini hanya perlukan satu kemenangan jamin tempat beraksi pada kejohanan Euro 2020

-

PARIS: Peluang England dan Itali untuk layak ke Euro 2020 semakin cerah apabila skuad muda kedua-dua negara yang berbakat memburu kemenangan tunggal yang akan menjamin tempat bagi mereka di satu kejohanan bersejarah dengan baki beberapa perlawanan lagi.

Kedua-dua negara merupakan dua daripada lima pasukan yang dapat layak ke kejohanan pada musim panas akan datang dalam pusingan perlawanan yang akan diadakan pada 10-12 Oktober.

Sepanyol dan pencabar dalam Kumpulan 1, Belgium dan Rusia, juga dapat mengunci tempat awal.

Dengan dua pasukan yang layak dari setiap daripada 10 kumpulan, England memerlukan hanya satu kemenangan sahaja di Republik Czech pada Jumaat ini untuk memastikan kelayakan dari Kumpulan A yang disertai lima pasukan selepas mencatatka­n empat kemenangan daripada empat perlawanan yang meletakkan pasukan Gareth Southgate empat mata di hadapan Kosovo di tempat ketiga, yang sudah bermain lebih satu perlawanan.

Southgate terus membina skuad England yang telah mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018, dan pasukannya menyumbat 19 gol dalam kempen kelayakan yang dominan.

Pengurus England itu telah dibantu oleh perkembang­an Raheem Sterling, 24 tahun, yang sudah menjaringk­an enam gol dalam enam perlawanan terakhirny­a, selepas mencatatka­n empat jaringan dalam 47 penampilan pertamanya bersama England.

Southgate juga telah mengambil kesempatan ke atas kemunculan pemain muda seperti pemain West Ham berusia 20 tahun, Declan Rice, dan pemain berusia 19 tahun Jadon Sancho, yang menjaringk­an gol-gol pertamanya untuk England dalam kemenangan 5-3 ke atas Kosovo dalam perlawanan terakhir dan merupakan pemain tonggak bagi Borussia Dortmund.

Tiga pemain muda Chelsea, Mason Mount, Fikayo Tomori dan Tammy Abraham merupakanp­emain-pemain terbaharu yang dipanggil oleh Southgate sebagai ganjaran bagi prestasi mereka yang mengagumka­n untuk kelab, dengan Mount dan Abraham, penjaring terbanyak bersama dalam Liga Perdana Inggeris, antara pemain baharu yang menyerlah pada peringkat awal musim.

Sementara itu Roberto Mancini meneruskan usahanya untuk membina semula pasukan Itali dengan mencatatka­n enam kemenangan daripada enam perlawanan dalam Kumpulan J.

Pasukan Azzurri muda bimbingann­ya berpeluang untuk menempah tiket mereka dalam perlawanan menentang Greece pada Sabtu ini.

Mereka perlu menewaskan pasukan Greece di Stadio Olimpico di Rom dan berharap Armenia di tempat ketiga gagal untuk menewaskan pasukan tercorot Liechtenst­ein, yang sudah dibolosi 19 gol setakat ini.

Walau apa pun, Itali hampir dijamin tempat dalam kejohanan Euro kerana mereka berada sembilan mata di depan Armenia dengan baki empat perlawanan lagi.

Jika mereka gagal dalam perlawanan ini, mereka masih ada peluang kedua kemudian dalam waktu rehat antarabang­sa, apabila mereka melawat Liechtenst­ein pada 15 Oktober pada hari perlawanan kelapan. Mancini, bekas pengurus Inter Milan dan Manchester City, telah menguatkan pasukan yang gagal untuk layak ke Piala Dunia, dan memberikan kepercayaa­nnya kepada bakat muda seperti pemain tengah Inter Milan Nicolo Barella, penyerang Roma yang ditaraf tinggi Nicolo Zaniolo dan penjaga gol AC Milan Gianluigi Donnarumma.

Zaniolo, 20, sudah dipanggil semula selepas dipaksa hidup dalam buangan bersama Moise Kean kerana berkelakua­n buruk sewaktu kejohanan Euro Bawah 21 di negara sendiri.

Seorang lagi pemain tonggak tengah Inter, Stefano Sensi, tidak dapat bermain selepas dia mengalami kecederaan paha dalam kekalahan 2-1 dalam Serie A kepada Juventus pada Ahad lepas.

Turut berpeluang cerah untuk layak pada hari perlawanan ketujuh adalah Sepanyol, yang telah mencatatka­n enam kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan F yang sukar walaupun berdepan dengan kemelut ekoran kematian anak perempuan bekas jurulatih Luis Enrique.

Robert Moreno sudah mengambil alih tugas dan pendahulu kumpulanny­a berada lapan mata di depan Romania di tempat ketiga.

Sepanyol memerlukan kemenangan di Norway dan Faroe Islands untuk mendahului pasukan Romania dan menempah tempat mereka.

Sementara itu Belgium dan Rusia mahukan keputusan seri di antara Kazakhstan dan Cyprus pada awal esok (Khamis) sebelum mereka memburu kemenangan ke atas San Marino dan Scotland yang akan menjamin kelayakan mereka.

Belanda, sebuah lagi pasukan yang penuh dengan bakat muda, akan cuba memastikan kelebihan satu perlawanan mereka diambil kira dalam Kumpulan C esok apabila mereka menerima kunjungan Ireland Utara di tempat kedua dengan matlamat menyertai pencabar mereka dan pendahulu Jerman dengan 12 mata.

Pasukan Ronald Koeman, yang turut dianggotai pemain pertahanan Juventus Matthijs de Ligt dan pemain Barcelona Frenkie de Jong serta bekas rakan sepasukan di Ajax Donny van de Beek, sudah bangkit dengan bergaya daripada kegagalan untuk layak ke kejohanan Euro dan Piala Dunia terakhir dan akan menduduki tempat teratas kumpulan jika mereka menang di Rotterdam. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MENYERLAH: Barkley (kiri), Sancho dan Gomez (kanan) bersaing ketika menjalani sesi latihan bersama skuad England di St George’s Park in Burton-on-Trent kelmarin.
— Gambar AFP MENYERLAH: Barkley (kiri), Sancho dan Gomez (kanan) bersaing ketika menjalani sesi latihan bersama skuad England di St George’s Park in Burton-on-Trent kelmarin.
 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE
 ??  ?? MANCINI
MANCINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia