Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan KAYBEE KL menjulang gelaran juara

Benam MNW One 4-1, muncul juara baharu edisi ke-12 Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Sabah 2019

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pasukan KAYBEE Kuala Lumpur muncul juara baharu edisi ke-12 Kejohanan Tenis Berpasukan Jemputan Sabah 2019 yang berlangsun­g di sini pada 4-6 Oktober.

Dibarisi kombinasi bekas pemain kebangsaan Malaysia dan Indonesia, KAYBEE menjulang gelaran juara dengan menumpaska­n MNW One juga dari Kuala Lumpur dengan keputusan 4-1.

Walaupun tanpa bekas pemain nombor satu negara, V Selvam tetapi KAYBEE yang diketuai Lai Kok Siong tidak mengahadap­i masalah mengetepik­an cabaran MNW One yang diketuai Perry Lim. KAYBEE hanya kalah satu perlawanan iaitu dalam acara beregu wanita.

Tempat ketiga dimenangi pasukan Kool Tennis yang juga dibarisi bekas pemain kebangsaan Malaysia dan Singapura.

Pasukan yang diketuai Leila Zainal itu menang 3-2 ke atas PTBS Borneo West yang diketuai Megat Khairul.

Sebagai rekod, juara hatrik kejohanan itu, Hytech Blended, penyandang gelaran juara 2016-2018 tidak dapat mengambil bahagian pada kejohanan kali ini ekoran kegagalan menyediaka­n pemain sesuai dengan kategori kumpulan umur baharu yang diperkenal­kan.

Kejohanan itu mempertand­ingkan kategori kumpulan umur 30, 40, 50 dan 60 tahun untuk lelaki berbanding kumpulan umur 25, 35, 45 dan 55 sebelum ini. Kumpulan umur 35 bagi wanita dikekalkan.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan Menteri Belia Dan Sukan, Phoong Jin Zhe di Hotel Sutera.

Phoong gembira dengan penganjura­n itu dan berharap lebih banyak kejohanan antarabang­sa dianjurkan sekaligus mempromosi­kan negeri ini sebagai destinasi terbaik sukan pelanconga­n.

Kejohanan tahunan anjuran Persatuan Tenis Sabah (STA) itu disertai kira-kira 300 pemain dari 18 pasukan dalam dan luar negara.

Sambil itu, Presiden STA, Johnson Koh berterima kasih kepada semua yang membantu menjayakan kejohanan itu terutama Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah, Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta para penaja termasuk Dunlop Sports yang telah menyumbang­kan hadiah barangan untuk tiga pasukan teratas.

Menurutnya, pasukanpas­ukan yang mengambil bahagian juga gembira dengan perlaksana­an kejohanan itu dan berjanji untuk kembali pada tahun depan.

 ??  ?? HADIAH JUARA: Phoong (enam dari kanan) menyampaik­an piala juara kepada pasukan KAYBEE KL.
HADIAH JUARA: Phoong (enam dari kanan) menyampaik­an piala juara kepada pasukan KAYBEE KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia