HUKUM PEMBUNUH GAJAH

KM Sabah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbukti bersalah

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu dan pihak yang terbukti membunuh gajah di negeri ini.

Menurut beliau tindakan tegas itu sebagai peringatan untuk tidak mengambil tindakan terhadap gajah yang masuk ke kawasan mereka dan memusnahka­n tanaman.

“Ia bukan lesen untuk mana-mana individu untuk sesuka hati membunuh hidupan liar yang masuk ke kawasan tanah dan memusnahka­n tanaman.

“Sebaliknya maklumkan kepada Jabatan Hidupan Liar supaya tindakan susulan diambil dan pada masa sama mencari kaedah untuk menghalang ia berlaku kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis simbolik penyerahan geran tanah Hilir Kinabatang­an daripada Saraya Co. Ltd, Borneo Conservati­on Trust (BCT) Jepun dan BCT Sabah kepada Jabatan Hidupan Liar seluas 93 hektar untuk Santuari Hidupan Liar Kinabatang­an, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Presiden Saraya Co. Ltd Yusuke Saraya dan Pengerusi BCT Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Shafie mengarahka­n pesuruhjay­a polis Sabah mengambil tindakan tegas terhadap individu dan pihak yang bertanggun­gjawab dalam kes pembunuhan gajah di Tawau, baru-baru ini.

“Tindakan itu (membunuh gajah) tidak boleh diterima dan perlu diambil tindakan tegas tanpa mengira siapa mereka termasukla­h jika membabitka­n (syarikat) perladanga­n besar.

“Pastikan mereka diambil tindakan agar kejadian seumpama ini ditangani pada masa depan,” tegasnya.

Beliau berkata kerajaan negeri serius dalam melindungi hidupan liar dan memulihara alam sekitar.

Mengenai penyerahan geran tanah itu, Mohd Shafie mahu lebih ramai pihak tampil untuk bersama-sama kerajaan negeri dalam program konservasi hidupan liar.

Katanya ini termasukla­h kalangan pemilik ladang kelapa sawit dengan tidak hanya memikirkan keuntungan tetapi juga hasil diperoleh diguna untuk manfaat hidupan liar. — Bernama

SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.