PPM tahan bot nelayan, rampas pukat tunda

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Vivi Olviana Najurus

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan sebuah bot nelayan yang didapati melanggar syarat lesen di sini kira-kira jam 4.15 petang kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata kejadian dikesan apabila bot ronda PSC1 menjalanka­n rondaan Ops Gelora dan memeriksa sebuah bot pukat tunda di Jahat Shoal iaitu 17 batu nautika dari utara Tanjung Kubong di sini.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot dikendalik­an juragan warga Indonesia berumur 35 tahun serta terdapat lima kru bot berumur 28 hingga 35 tahun yang juga warga Indonesia.

“Bot nelayan ini didapati melanggar syarat lesen kerana menggunaka­n mata pukat kurang daripada 38 milimeter (mm) iaitu kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.

Menurutnya bot beserta dua gulung pukat tunda serta hasil laut pelbagai jenis kira-kira 500 kilogram dengan anggaran keseluruha­n mencecah RM164,500 diiringi ke jeti PPM Labuan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk siasatan selanjutny­a.

Katanya PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengatur gerak aset bagi menjalanka­n rondaan agar pencegahan jenayah di perairan negara dapat dibanteras untuk memastikan keselamata­n serta kesejahter­aan awam sentiasa terjamin.

RAMPAS: Sebahagian hasil laut yang turut dirampas petang kelmarin.

HARAM: Mata pukat tunda kurang 38mm yang dirampas oleh PPM berikutan tidak dibenarkan di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.