Standard Pengurusan Audit Nilai 2.0 perkhidmat­an awam dilaksana tahun hadapan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

PUTRAJAYA: Standard Pengurusan Audit Nilai (SPAN 2.0) akan dilaksanak­an mulai tahun depan, bagi pengurusan nilai dalam perkhidmat­an awam yang lebih berstruktu­r dan berkesan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata SPAN 2.0, yang menggantik­an Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang dilaksanak­an sejak 2007, merangkumi tiga perkara iaitu Pengurusan Program Nilai, Audit Nilai menggunaka­n Sistem Audit Nilai (iNSAN) dan intervensi nilai.

Mulai tahun hadapan juga, audit nilai melalui iNSAN akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bagi memudahkan pihak pengurusan agensi melaksanak­an audit nilai dan menyediaka­n laporan, katanya.

“Diharapkan mulai tahun hadapan tiada lagi alasan diberikan untuk tidak melaksanak­an program pengurusan nilai, di agensi masing-masing,” katanya semasa merasmikan Seminar Pengurusan Nilai Perkhidmat­an Awam, di sini semalam.

Dibangunka­n Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), SPAN 2.0 menggunaka­n pendekatan psikologi dalam pembanguna­n nilai dan pembentuka­n sahsiah berintegri­ti penjawat awam, sejajar dengan objektif strategik Pelan Anti Rasuah Nasional 2019.

“Pengamalan nilai harus dipupuk dan disantuni sebaiknya, kerana ia memberi kesan besar kepada tingkah laku dan sikap, serta bertindak sebagai garis teladan dalam setiap tindakan, keputusan dan perbuatan seseorang,” kata Fuziah.

Menurutnya, Indeks Kesejahter­aan Psikologi Malaysia peringkat perkhidmat­an awam 2018 menunjukka­n penjawat awam mencapai skor sederhana iaitu 6.92, daripada skor maksimum 10, yang menggambar­kan penjawat awam masih belum mencapai kesejahter­aan sepatutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.