Tuah joran di Tungku, Radzmil juarai Cabaran Memancing Sahabat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Norwahida Yamaluddin

TUNGKU: Tuah pemancing, Radzmil Mudin berpihak padanya apabila ikan haruan tasik seberat 15 kilogram (kg) berjaya ditarik untuk memenangi acara Cabaran Memancing Sahabat, Tungku di sini, kelmarin.

Kemenangan­nya itu melayakkan­nya menerima RM1,500 dan piala iringan.

Tempat kedua dimenangi Abdul Mokti Kading yang berjaya memancing ikan tenggiri dengan berat 11.2kg membawa hadiah RM1,000 dan piala.

Sementara ketiga dimenangi Junaidi Apdal yang menangkap ikan kerapu berat 10.8kg memenangi RM500 dan piala.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul berkata penganjura­n acara itu memberi manfaat kepada peserta, khususnya masyarakat di Tungku.

“Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah peminat joran ada di Tungku.

“Saya yakin, penganjura­n acara ini boleh memperkena­lkan Tungku untuk dikunjungi terutama dalam kalangan peminat joran yang sukakan cabaran untuk memancing ikan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas acara penyampaia­n hadiah kepada pemenang di sini, kelmarin.

Firuzseter­usnyamengg­alakkan penganjura­n aktiviti memancing dan menasihatk­an agar mendahuluk­an keselamata­n.

Acara yang dianjurkan dengan kerjasama FELDA Sahabat itu menerima 140 penyertaan.

TUAH JORAN: Firuz bersama pemenang pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.