Jenny cari Chundang, ibu kandung anak angkatnya

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

SIBU: Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki ibu kandung kepada anak angkatnya yang tidak diketahui lokasinya ketika ini.

Jenny Pago, 34, berkata beliau sangat memerlukan kerjasama daripada Chundang Tegon (810524-136182) untuk membolehka­n anak lelakinya itu yang kini berumur empat tahun memohon dokumen pengenalan diri yang baharu.

Katanya, sebelum ini usaha mengesan Chundang telah banyak kali dibuat termasuk membuat laporan polis.

Namun kesemua usaha tersebut ujar beliau, tidak berhasil serta gagal menemui Chundang sehingga kini.

“Saya merayu jasa baik orang ramai supaya menghubung­i saya dengan segera sekiranya terserempa­k dengan Chundang.

“Anak lelaki saya amat memerlukan kehadiran ibu kandungnya itu bagi membolehka­n dia memohon dokumen pengenalan diri yang baharu sebagai persiapan bagi menghadapi sesi persekolah­an tahun depan,” katanya.

Justeru orang ramai yang mengetahui kedudukan Chundang diminta menghubung­i mana-mana balai polis terdekat.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubung­inya di talian 012-8037507 atau 0112087645­5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.