‘Membangun dengan ilmu’ visi utama ADUN Membakut

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Kenneddy Corlleus

MEMBAKUT: ‘Membangun dengan ilmu’, itu adalah antara visi utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Arifin Arif terhadap pendidikan di kawasan yang diwakili beliau.

Slogan itu antara sering beliau tegaskan setiap kali berpeluang memberikan ucapan pada majlis pendidikan atau program lainnya.

Semalam, sempena Program Jejak Ilmu 2019 yang diadakan di sekitar Membakut, Arifin sekali lagi menekankan tentang kepentinga­n ilmu kepada para pelajar khususnya caloncalon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam Program Jejak Ilmu 2019 itu, Arifin meluangkan masa menyampaik­an amanat serta kata-kata semangat kepada calon-calon di tiga buah sekolah di Membakut iaitu di Sekolah Menengah (SM) St Patrick Membakut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dan SMK Membakut 2.

Arifin ketika ditemui pemberitab­erkata, slogan‘ Membangun dengan ilmu’ itu adalah antara usaha beliau sejak menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit, bagi mengangkat Membakut sebagai daerah ilmu.

Katanya, banyak perkara yang perlu dilakukan untuk ke arah visi berkenaan dan antara usaha yang perlu dilakukan adalah memastikan anak-anak di Membakut tidak tercicir daripada mendapatka­n pendidikan terutama pelajar dari kalangan yang kurang berkemampu­an.

Beliau berkata, dengan adanya bantuan yang disediakan kerajaan khusus untuk golongan kurang berkemampu­an ia seharusnya tidak dijadikan sebagai alasan untuk tidak menuntut ilmu malah perlu dijadikan sebagai ‘pembakar semangat’ untuk meraih kejayaan.

Selain bantuan kerajaan, beliau juga menyediaka­n dana melalui peruntukan ADUN beliau sendiri kepada sekolahsek­olah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) demi pembanguna­n pendidikan di Membakut.

Justeru beliau berharap, para pelajar terutama caloncalon yang bakal menduduki peperiksaa­n tidak lama lagi akan melakukan dengan sebaik mungkin demi merubah kehidupan masing-masing ke arah yang lebih baik serta demi kemajuan Membakut itu sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.