Program Gaya Academic Decathlon (GADe) 2019 pada Sabtu ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - — Gambar Penerangan

KOTA KINABALU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya akan mengadakan Program Gaya Academic Decathlon (GADe) 2019 di sini, Sabtu ini.

Majlis perasmian dijangka akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Dewan Utama, IPG Kampus Gaya pada jam 12.30 tengah hari di institut berkenaan.

Menurut Pengarah IPG Kampus Gaya Gertrude Jock, GADe 2019 merupakan salah satu program yang akan melibatkan murid-murid sekolah rendah di Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Program itu juga akan mempersiap­kan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21 iaitu dengan membangunk­an murid secara menyeluruh melalui aktiviti-aktiviti berbentuk akademik dan bukan akademik.

“Program GADe 2019 juga akan menguji kecerdasan dan kecergasan murid-murid yang meliputi domain kognatif, psikomotor dan afektif.

“Oleh itu, kita mempelawa para guru untuk hadir ke program ini yang akan bermula pada jam 7 pagi hingga 2 petang.

“Diharap program ini dapat membantu guru-guru dalam memastikan masa lapang murid-murid Tahap 2 khasnya murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki peperiksaa­n UPSR diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah, di samping sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolah­an di peringkat menengah,” katanya.

GERTRUDE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.