SESB akan perbanyaka­n kios pembayaran

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) dalam usaha untuk menyediaka­n lebih banyak kios pembayaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti strategik.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Norhizami Abu Hasan berkata, penambahan lebih banyak kios pembayaran akan memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk membuat bayaran bil elektrik pada bila-bila masa khasnya selepas waktu pejabat.

Pada masa ini SESB mempunyai 17 kios pembayaran di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang terletak di semua pejabat SESB, Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kota Kinabalu dan Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS).

“Mesin kios pembayaran yang beroperasi 24 jam terletak di ibu pejabat SESB, pejabat Kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Tuaran, Beaufort, Kota Marudu, Papar, Keningau, W.P Labuan dan MPS,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pembayaran melalui kios boleh dibuat menggunaka­n wang tunai, kad debit, kad kredit dan juga cek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.