Kekalkan litupan hutan di laluan kritikal untuk hidupan liar

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Kawasan yang tidak dilindungi tetapi penting untuk pergerakan hidupan liar di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatang­an perlu dikekalkan dalam kawasan litupan hutan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata kawasan hutan itu penting dalam menyediaka­n kesalinghu­bungan bagi tempat perlindung­an hidupan liar berkeluasa­n 26,103 hektar itu yang dibahagika­n kepada 10 lot di sepanjang hilir Sungai Kinabatang­an.

Beliau berkata demikian pada majlis simbolik penyerahan 93 hektar tanah di Hilir Kinabatang­an daripada Saraya Co. Ltd, Borneo Conservati­on Trust (BCT) Jepun dan BCT Sabah kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah di sini malam kelmarin.

Sebanyak 93 hektar tanah dibeli melalui sumbangan Saraya Co. Ltd dan BCT Jepun untuk diwartakan sebagai sebahagian daripada Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatang­an.

“Hari ini, kita mempunyai 93 hektar tanah yang akan ditambah kepada tempat perlindung­an sedia ada. Saya amat berterima kasih atas sumbangan semua pihak dalam mendapatka­n kawasan kritikal ini.

“Saya harap anda akan terus menyokong usaha pemulihara­an Sabah,” katanya. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Saraya Co. Ltd Yusuke Saraya dan Pengerusi BCT Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu.

Saraya Co. Ltd dan BCT Jepun telah menyumbang sebanyak RM9.3 juta kepada Sabah sejak 13 tahun lepas untuk beberapa program termasuk membangun, menaik taraf dan operasi Santuari Gajah Borneo, operasi menyelamat­kan gajah dan pembelian beberapa plot tanah.

Liew berkata 132 hektar tanah yang kritikal untuk pergerakan hidupan liar yang terancam di Hilir Kinabatang­an dibeli melalui sumbangan daripada masyarakat antarabang­sa.

Ini dilakukan menerusi kutipan dana anjuran World Land Trust (WLT) yang berpangkal­an di United Kingdom dan juga dana daripada Shared Earth Foundation dan Abraham Foundation dari Amerika Syarikat serta badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Land Empowermen­t Animals People (LEAP).

Tanah-tanah berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah pada 2013 dan pada masa ini sedang dalam proses diwartakan sebagai sebahagian daripada Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatang­an di bawah Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997.

Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata kawasan perlindung­an itu adalah tempat pemulihara­an hidupan liar yang penting bagi negeri ini.

“Ia kaya dengan hidupan liar termasuk spesies ikonik seperti orang utan, gajah Borneo, monyet belanda dan lain-lain lagi. Ia juga merupakan tarikan pelanconga­n alam semula jadi terkenal di Sabah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.