Siasat segera pengambila­n karang hidup secara terperinci

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mahu kegiatan pengambila­n karang hidup yang tular di media sosial baru-baru ini disiasat secara terperinci meskipun ia berlaku di luar kawasan Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Laut Pulau Sipadan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan ia tidak seharusnya dibiarkan berleluasa kerana ia jelas merosakkan alam semula jadi.

“Perkara ini turut menjejaska­n sumber pendapatan nelayan dan pengusaha pelanconga­n selain merosakkan imej dan nama baik Sabah di mata dunia,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gambar berserta maklumat berkaitan pengambila­n karang hidup yang tular di media sosial Facebook baru-baru ini dan aktiviti itu difahamkan berlaku di perairan Semporna.

Liew berkata pihaknya telah mengarahka­n Taman-Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar Sabah bekerjasam­a dengan Jabatan Perikanan Sabah untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Meskipun pengutipan karang itu berlaku di luar kawasan Taman Perlindung­an Marin, namun, tiga agensi berkenaan perlu bekerjasam­a menyiasat perkara itu secara terperinci untuk tindakan selanjutny­a, katanya. — Bernama

UNTUK ALBUM: Para peserta merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.