PAS Libaran turun ziarah kebajikan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Lajnah Kebajikan PAS Libaran berkesempa­tan turun menziarahi beberapa keluarga asnaf di Kampung Gum-Gum, Batu 16, dekat sini baru-baru ini.

Rombongan PAS Libaran yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohammad mengunjung­i beberapa buah rumah untuk memberikan sumbangan.

Dalam siri ziarah kali ini juga, PAS Libaran telah menziarahi sebuah keluarga yang ahli keluargany­a (bapa) telah mengalami lumpuh sejak setahun lepas.

Keluarga tersebut hanya berharap dengan bantuan daripada kerajaan untuk menampung perbelanja­an keluarga termasuk kos perubatan.

Isteri kepada pesakit yang lumpuh itu, Suriati Ismail terpaksa berhenti kerja demi menjaga suaminya yang hanya terlantar di katil sahaja.

“Saya bersama dengan anak hanya membawa beliau (suami) ke klinik kerajaan yang berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan kerana jarak hospital yang agak jauh dari rumah kami,” katanya.

Zulkifli yang menyerahka­n sumbangan berupa barang keperluan harian kepada keluarga tersebut amat terkesan dengan keadaan mereka dan berharap bantuan yang sewajarnya dapat diberikan oleh pihak yang bertanggun­gjawab.

Turut hadir dalam siri ziarah kali ini ialah Setiausaha PAS Libaran, Herryanto Ladat serta beberapa ahli jawatankua­sa PAS Libaran.

Bagi mereka yang mahu menyumbang untuk misimisi kebajikan PAS Libaran boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun bank Bendahari PAS Libaran Mohd Faiz Ismail (1630196382­30 — Maybank).

ZIARAH: Rombongan Lajnah Kebajikan PAS Libaran ketika misi ziarah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.