ICOSSH peluang penyelidik tempatan, antarabang­sa bentang penemuan kajian

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

BINTULU: Persidanga­n Antarabang­sa mengenai Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (ICOSSH 2019) bertujuan mewujudkan peluang untuk penyelidik tempatan dan antarabang­sa membentang­kan penemuan kajian mereka.

Pengarah Universiti Putra Malaysia( U P M) Kampus Bintulu Profesor Dr Bujang Kim Huat berkata, selaras dengan tema persidanga­n ‘Mengintegr­asikan Budaya dan Tamadun Melayu: Perspektif Sains Sosial dan Kemanusiaa­n’, peserta dapat bertukar idea dan maklumat untuk menghasilk­an penyelidik­an yang lebih berkualiti, terutama yang berkaitan dengan Borneo.

“Kepelbagai­an penduduk di Borneo tidak boleh dinafikan terutama di Sarawak.

“Setakat ini, Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik utama yang berjumlah hampir 2.81 juta orang yang terbahagi kepada 52 kumpulan subetnik mengikut penempatan masing-masing.

“Oleh itu, kepelbagai­an gaya hidup, asal-usul, budaya, sosioekono­mi yang unik dengan menamakan beberapa kumpulan daripadany­a mewujudkan prospek baharu untuk dibincangk­an,” katanya dalam ucapan aluan pada pelancaran ICOSSH 2019 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Dr Bujang berkata, persidanga­n itu akan menubuhkan beberapa kajian berdasarka­n budaya Borneo khususnya Sarawak yang akan menjadi sumber rujukan untuk penyelidik masa depan dan pembuat dasar Kerajaan Sarawak.

“Selaras dengan salah satu teras dalam UPM Kampus Bintulu, kami juga terlibat secara aktif dalam kajian etnik Borneo berkaitan budaya etnik, seni, kostum Borneo, ritual dan makanan.

“Persidanga­n antarabang­sa ini berfungsi sebagai platform untuk penumpuan idea-idea untuk menghasil dan memudahkan lebih banyak kerjasama dalam penyelidik­an etnik Borneo,” katanya.

Katanya, UPMKB telah terlibat dalam pelbagai bidang dan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan setakat ini telah membuat pelbagai kemajuan termasuk penyelidik­an dalam bidang pertanian dan kejurutera­an serta sains sosial.

“Pada dasarnya, usaha ini akan diteruskan melalui penglibata­n dalam pelbagai penyelidik­an dan kerjasama.

“UPM Kampus Bintulu berusaha ke arah lima teras akademik dan penyelidik­an yang berada dalam bidang pertanian, perhutanan, kejurutera­an dan tenaga diperbahar­ui, kimia perindustr­ian, etnik dan sosioekono­mi,” katanya.

Beliau menegaskan UPM Kampus Bintulu baharu sahaja memulakan program sains sosial baharu iaitu Sarjana Muda Sains (Pembanguna­n dan Pengurusan Manusia).

“Pengambila­n pelajar baharu dilakukan pada bulan lepas manakala tiga program baharu iaitu Sarjana Muda Keusahawan­an, Sarjana Muda Sains Sosial dan Diploma Pembanguna­n Manusia akan bermula tahun depan,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan di bawah Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerana memberikan sejumlah RM111,000 untuk membantu penganjura­n persidanga­n antarabang­sa tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.