Jual MyKad: Kerajaan sedia timbang RCI jika perlu

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimb­angkan penubuhan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penjualan sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah, sekiranya terdapat keperluan pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman bagaimanap­un berkata ketika ini, pihaknya menyerahka­n kes yang berlaku di Pulau Pinang bulan lepas, disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia dalam siasatan, sekarang enam sudah didakwa dan kita biarlah proses undang-undang berjalan dahulu, kalau di masa hadapan perlu diwujudkan RCI kita akan pertimbang­kan.

“Sehingga hari ini, mengenai kes itu, ada 11 MyKad yang telah disenaraih­itamkan dan proses siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti lagi selebihnya,” katanya dalam sesi soal jawab di persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu jumlah MyKad yang telah disenaraih­itamkan berhubung kes penjualan sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah itu.

Pada 11 September lepas, media melaporkan polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluara­n sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah.

Pada hari berikutnya enam lelaki termasuk seorang Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang berumur antara 34 dan 66 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluara­n dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing.

Pada 3 Oktober pula Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari bermula 6 April 2020 sebagai tarikh perbicaraa­n kes penolong pengarah JPN Pulau Pinang dan lima lagi individu itu yang berdepan 13 pertuduhan berhubung sindiket tersebut.

Menjawab soalan asal Ahmad Jazlan mengenai keperluan mengubah sistem dan operasi sedia ada bagi permohonan MyKad sebagai langkah mengelakka­n kes penjualan kad pengenalan kepada warga asing, Mohd Azis berkata pihaknya sedang menilai sistem yang dipakai hari ini.

“KDN sedang menilai dan mengambil langkah untuk memperkema­skan Prosedur Pengendali­an Standard (SOP) dan kita lihat lagi apa yang boleh dilakukan untuk tambah baik sistem sedia ada,” jelasnya.

Malah Mohd Azis berkata Mesyuarat Jawatankua­sa Penambahba­ikan Sistem Penyampaia­n Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Alwi Ibrahim pada 18 Sept lepas turut memutuskan beberapa langkah penambahba­ikan serta-merta dan strategi memperkema­s sistem penyampaia­n JPN.

Antaranya meningkatk­an kekerapan proses naziran secara mengejut di semua bahagian JPN termasuk terhadap vendor yang terlibat, bagi memastikan semua tatacara yang telah ditetapkan, dipatuhi dan menambah baik aras keselamata­n berperingk­at agar tidak lagi boleh diakses dengan mudah oleh semua pegawai sebaliknya perlu melalui verifikasi daripada pegawai atasan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.