Jet Ethiopian Airlines buat pendaratan kecemasan di Dakar

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

DAKAR: Sebuah jet Ethiopian Airlines melakukan pendaratan kecemasan di Dakar dengan salah satu enjinnya terbakar, namun kesemua 90 penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan, kata pegawai syarikat penerbanga­n dan lapangan terbang.

Pesawat Boeing 767 itu baru berlepas dari lapangan terbang Dakar dalam penerbanga­n ke Addis Ababa apabila juruterban­g memohon untuk berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan, Tidiane Tamba, jurucakap bagi lapangan terbang Senegal memberitah­u AFP.

Ethiopian Airlines mengesahka­n salah satu jetnya mengalami “masalah mekanikal” dan telah kembali dengan selamat ke lapangan terbang di mana ia berlepas, tanpa memberikan lebih banyak butir mengenai punca.

Syarikat penerbanga­n menyatakan semua penumpang dan anak kapal adalah selamat.

Insiden di Dakar itu berlaku sejurus selepas Boeing 737 MAX Ethiopian Airlines terhempas pada Mac sejurus selepas berlepas dari Addis Ababa, mengorbank­an kesemua 157 penumpang dan anak kapal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.