Bom Perang Dunia Kedua meletup, dua anggota tentera Poland maut

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

WARSAW: Dua anggota tentera Poland maut dan empat lagi tercedera kelmarin apabila sebutir bom meletup ketika mereka cuba untuk mematikann­ya, kata Menteri Pertahanan Mariusz Blaszczak.

Bom itu bertarikh dari Perang Dunia Kedua, lapor media tempatan.

Letupan itu berlaku dalam hutan berhampira­n pekan Kuznia Raciborska, kata pihak tentera. Dua daripada mereka yang tercedera telah diterbangk­an ke hospital dalam keadaan serius.

Pasukan tentera itu merupakan sebahagian daripada rejimen payung terjun yang ditugaskan di wilayah tersebut.

Menurut polis, mereka telah ditugaskan untuk menguruska­n kelongsong artileri lama yang ditemui beberapa hari sebelum itu oleh orang awam yang berjalan dalam hutan.

Bom Perang Dunia Kedua masih sering ditemui di Poland yang telah diserang oleh Nazi Jerman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.