Kicauan 21 burung murai batu di Kompleks Mahkamah Sepang

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

SALAK TINGGI: Suasana tegang di Kompleks Mahkamah Sepang di sini semalam dihiburkan seketika oleh kicauan 21 burung murai batu yang menjadi perhatian petugas serta pengunjung apabila unggas itu dibawa ke Mahkamah Sesyen sebagai barang kes yang membabitka­n seorang lelaki warga Indonesia.

Dalam kes tersebut lelaki warga Indonesia berkenaan, Patrum, 51, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM30,000 atau penjara enam bulan kerana cuba menyeludup keluar 23 burung murai batu yang merupakan spesies yang dilindungi melalui pesawat AirAsia.

Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah menjatuhka­n hukuman tersebut selepas Patrum mengaku bersalah menyimpan 23 ekor burung berkenaan tanpa lesen di pintu Q7 balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini pada kira-kira jam 3 petang Sabtu lepas.

Tengku Shahrizam memerintah­kan hukuman penjara berjalan dari tarikh dia tangkap.

Kesemua burung berkenaan dimana dua daripadany­a sudah mati dibawa ke mahkamah semalam untuk dikemukaka­n sebagai barang kes.

Turut dikemukaka­n sebagai barang kes ialah sangkar khas yang dibuat dengan mencantumk­an dua bakul.

Murai batu atau nama saintifikn­ya copsychus malabaricu­s merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Patrum yang masuk ke Malaysia menggunaka­n visa pelancong menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 60(2) akta berkenaan yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dengan penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Abd Aziz Mohd Yasin sementara Patrum diwakili peguam Zaflee Pakwanteh dan Low Henn Kai.

Dalam rayuannya, Patrum mengatakan beliau tidak tahu bahawa membawa keluar murai batu dari Malaysia merupakan satu kesalahan.

Difahamkan, murai batu Malaysia merupakan spesies yang mendapat permintaan tinggi di negara jiran kerana bulunya yang berwarna-warni serta suaranya dan boleh dijual daripada RM1,000 hingga puluhan ribu bergantung kepada kemerduan suara dan kecantikan bulunya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.