Jho Low penghubung antara 1MDB, saya dan Najib: bekas CEO 1MDB

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low merupakan satu-satunya penghubung antara ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) ketika itu dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi diberitahu semalam.

Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, bagaimanap­un berkata Jho Low tidak mempunyai jawatan rasmi dalam 1MDB dan juga bukan penasihat khas syarikat. Semasa perbicaraa­n sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Jho Low merupakan penasihat Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), yang kemudianny­a menjadi 1MDB pada September 2009.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaa­n balas oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mewakili Najib pada hari ke-19 perbicaraa­n bekas perdana menteri itu melibatkan dana 1MDB.

Muhammad Shafee: Apakah jawatan Jho Low dalam 1MDB?

Shahrol Azral: Dia tidak mempunyai jawatan rasmi di 1MDB.

Muhammad Shafee: Apakah jawatan tidak rasminya dalam 1MDB?

Shahrol Azral: Dia merupakan penghubung antara 1MDB, saya dan pemegang saham tunggal Datuk Seri Najib.

Muhammad Shafee: Ini yang Jho Low dakwa pada masa itu, yang dia adalah penghubung.

Semasa ditanya siapa pemegang saham tunggal 1MDB pada Oktober 2009, Shahrol Azral berkata adalah Menteri Kewangan Diperbadan­kan.

Najib, 66, yang juga bekas Menteri Kewangan, berdepan empat pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan pertuduhan 21 pengubahan wang haram membabitka­n jumlah sama.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.