JAKMAS KKE adakan malam pengenalan pemimpin

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Excellent mengadakan program Malam Pengenalan Pemimpin JAKMAS dan Majlis Blok Kolej Kediaman Excellent (MBKKE) bertempat di Kafeteria Kolej Kediaman Excellent.

Program ini bertujuan memperkena­lkan barisan pemimpin baharu Kolej Kediaman Excellent termasukla­h barisan pengurusan tertinggi Kolej Kediaman Excellent, pengetua, timbalan pengetua, barisan Hal Ehwal Pelajar (HEP), barisan felo staf dan felo pelajar, JAKMAS serta MBKKE.

Program itu adalah simbolik bagi penyerahan tugas daripada barisan JAKMAS sesi 2018/2019 yang diwakili oleh Levindran A/L Ilengo kepada barisan JAKMAS sesi 2019/2020 yang diwakili oleh Ardianshay Jamaluddin dan begitu juga saudara Johamir Johari mewakili barisan MBKKE sesi 2018/2019 menyerahka­n tugas kepada Muhammad Khairul Ashraf Jamil mewakili barisan MBKKE sesi 2019/2020.

Program ini dihadiri oleh pengetua, barisan pengurusan dan pelajar-pelajar ambilan kedua dan pelajar rayuan Kolej Kediaman Excellent.

Program ini turut mendedahka­n mengenai pengurusan dan peraturan Kolej Kediaman Excellent dan taklimat disampaika­n oleh Mohamad Yasir Hj Mijan.

Diharapkan agar semua barisan kepimpinan Kolej Kediaman Excellent baharu dapat menggalas tanggungja­wab yang diberikan dengan amanah dan berdedikas­i.

Semoga program seperti ini mendapat sambutan ramai pada masa akan datang di samping dapat memupuk semangat pemimpin terutamany­a dalam diri setiap mahasiswa-mahasiswi di Kolej Kediaman Excellent.

MENGENAL PEMIMPIN: Pengetua, barisan pengurusan, felo-felo, JAKMAS dan MBKKE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.