Program Khidmat Komuniti bantu Nurhidayah

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana - Oleh Vitalis G Bingkasan

KESUSAHAN Nurhidayah Azizan yang lumpuh akibat kemalangan mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan, Phoong Jin Zhe.

Phoong menerusi Program Khidmat Komuniti di bawah Unit Jaringan Kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) menyalurka­n bantuan peralatan bagi membantu pergerakan ibu yang menetap di Putatan itu.

Phoong menyampaik­an bantuan itu semasa merasmikan Program Khidmat Komunti di bawah Unit Jaringan Kerjasama KBSS di kediaman Nurhidayah, baru-baru ini.

Sambil itu, menerusi program sama, belia setempat juga menghulurk­an bantuan mengubah suai pintu ruangan dapur dan pintu masuk ke rumah Nurhidayah selepas mendapat nasihat dan kelulusan daripada Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program Khidmat Komuniti adalah inisiatif KBSS yang menyasarka­n enam program untuk dilaksanak­an sepanjang tahun ini dengan kerjasama Majlis Belia Sabah (MBS) dan Pertubuhan Gagasan Sukarelawa­n Negeri Sabah (PENGASAS).

Program di Putatan itu adalah yang kedua bagi zon Pantai Barat Selatan selepas program pertama di Sipitang untuk zon Pedalaman Bawah.

Turut bersama ialah Setiausaha Tetap KBSS Mohd Yusrie Abdullah, Ketua Unit Jaringan Kerjasama Faridah Masi, Timbalan Presiden MBS Abqaree Fawwaz dan anggota PENGASAS.

BANTU: Phoong (duduk, tengah) bersama rombongan serta Nurhidayah (duduk, dua kiri) dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.