Griezmann gembira beraksi bersama Barca, seperti wakili Perancis: Lenglet

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

PARIS: Antoine Griezmann gembira untuk bermain bagi Barcelona sama seperti dia gembira untuk bermain bagi Perancis walaupun ada khabar angin mengenai ketegangan dalam bilik persalinan di tengah-tengah permulaan yang hambar di kelab gergasi Catalan itu, kata rakannya dalam pasukan kelab dan pasukan kebangsaan Clement Lenglet kelmarin.

“Saya bersamanya di kelab dan dia sangat gembira di sana juga. Dia merupakan seseorang yang senyum setiap hari dan itu tidak berubah ketika dia tiba dalam pasukan Peran cis ,” kata Lenglet kepadapemb­erita menjelang dua perlawanan kelayakan Euro 2020 di antara Perancis menentang Iceland and Turki. “Dia menggunaka­n segalanya sepenuhnya, dia gemar bergurau dan dia tidak berubah sama ada dia bersama pasukan Perancis ataupun Barcelona.” Griezmann diletakkan di atas bangku pemain simpanan untuk kemenangan 4-0 Barcelona ke atas Sevilla pada Ahad lepas setelah dia gagal untuk membuktika­n nilainya setinggi 120 juta euro (RM) pada minggu-minggu pembukaan musim, dengan menjaringk­an tiga gol dalam sembilan perlawanan. L ion e l M e s si juga menafikan cakap-cakap mengenai ketegangan di antaranya dengan pemain Perancis itu, yang menyertai Barcelona dari Atletico Madrid pada Julai lalu, selepas dia menghadapi masalah untuk mencari posisi tetap dalam barisan tiga penyerang di bawah Ernesto Valverde.

“Bagi saya, dia adalah pemain yang baharu sahaja tiba – dan di kelab seperti Barca, yang bermain lain sedikit berbanding kelab lain – dan dia sudah pun menjaringk­an tiga gol. Dia banyak bekerja untuk pasukan.

“Dia banyak membantu kami dengan bakatnya, dengan usaha pertahanan­nya, kerana dia adalah seorang pemain yang banyak berkorban untuk pasukan. Saya tidak rasa wujud sebarang masalah dengan Antoine Griezmann.”

Griezmann digantikan dalam barisan kesebelasa­n utama Barca untuk perlawanan menentang Sevilla oleh seorang lagi penyerang Perancis, Ousmane Dembele, yang menjaringk­an gol sebelum dia dibuang dari padang kerana membantah pengadil pada hujung perlawanan.

D e m b e l e tidak akan bermain dalam perlawanan menentang Real Madrid pada 26 Oktober jika dia digantung untuk dua perlawanan, meneruskan permulaan tidak menentu kepada kempen sekarang bagi pemain berusia 22 tahun itu, yang tidak bermain dalam enam perlawanan sebelum ini pada musim ini kerana kecederaan.

“Jika dia diberi peluang untuk bermain dengan konsisten, dia adalah seorang pemain yang memiliki semua kualiti untuk bermain bagi pasukan Perancis,” kata Lenglet, yang dijangka akan memulakan dua perlawanan kelayakan Euro 2020 bagi Perancis menentang Iceland esok (Jumaat) dan Turki pada Isnin depan. — AFP

GRIEZMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.