Colombia ‘ketepi’ James dan Falcao pada aksi persahabat­an menentang skuad Chile dan Algeria

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

BOGOTA: Dua bintang Colombia James Rodriguez dan Radamel Falcao tidak dipilih untuk dua perlawanan persahabat­an menentang Chile dan Algeria, kata jurulatih Carlos Queiroz kelmarin.

“Semua keputusan yang saya buat dalam hidup saya sebagai seorang jurulatih adalah jawapan kepada satu soalan yang sangat mudah: ‘apakah yang terbaik untuk pasukan?’ Tiada perkara lain,” kata jurulatih Colombia yang berasal dari Portugal itu.

“Saya mahu pemain terbaik bersiap sedia apabila tiga mata menjadi taruhan.”

Colombia menentang Chile pada Sabtu ini di bandar Alicente, Sepanyol, dan kemudian menentang Algeria di Lille pada 15 Oktober.

Perlawanan kelayakan Amerika Selatan untuk Piala Dunia 2020 bermula pada Mac tahun depan.

Queiroz memberitah­u pemberita di Alicante bahawa “menangisi” sama ada pemain ada ataupun tidak “bukanlah perkara yang baik untuk masa depan Colombia”.

Jurulatih itu menafikan laporan di Sepanyol bahawa James, yang sudah kembali ke Madrid pada musim ini, meminta untuk tidak dipilih supaya dia dapat berusaha untuk mendapatka­n semula tempat tetap dalam pasukan utama Real.

“Itu tidak benar,” kata Queiroz. “Tidak ada pemain yang pernah meminta daripada saya untuk tidak dipilih.”

Queiroz berkata Falcao, 33 tahun, penjaring terbanyak sepanjang zaman bagi Colombia, tidak bermain dalam hampir separuh daripada perlawanan negaranya sejak dia menjalani pembedahan lutut pada 2014 dan berada dalam “waktu yang sukar” selepas dia menyertai Galatasara­y, yang bermain dalam Liga Juara-Juara pada musim ini dengan “banyak perlawanan, banyak perjalanan”.

“Kita perlu tahu bagaimana untuk menangani pemain dengan baik jika kita mahu memiliki pasukan yang bagus,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.