Tim 3 RAMD muncul juara keseluruha­n Perlawanan Tinju Persahabat­an BSN

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

LABUAN: Tim 3 RAMD muncul juara keseluruha­n Perlawanan Tinju Persahabat­an bersempena Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 yang diadakan di Gym SMD Labuan, Jalan Durian Tunjung, Wilayah Persekutua­n Labuan pada 5 hingga 6 Oktober lalu selepas memperoleh­i 8 pingat emas, 4 perak dan 1 gangsa.

Naib johan Pasukan Tim SMD Labuan dengan 2 emas manakala pasukan 51 Kompeni Komposit Kor Perkhidmat­an Diraja dan Deaf Muaythai masing-masing mendapat 1 emas.

Perlawanan Tinju Persahabat­an itu dianjurkan 51 Kompeni Komposit Kor Perkhidmat­an Diraja dan Tim SMD Labuan.

Perlawanan yang berlangsun­g selama dua hari itu menyaksika­n penyertaan sebanyak lapan buah kelab dan persatuan.

Penyertaan seramai 43 orang petinju termasuk enam peninju remaja dalam 9 kategori berat yang dipertandi­ngkan.

Lapan buah kelab / persatuan yang menyertai perlawanan itu ialah Kelab Tinju 51 Kompeni Komposit KPD, Tim SMD Labuan, Borneo Combat Gym, Kelab Tinju Labuan, Persatuan Tomoi Labuan, Tim Karabaw Labuan, Deaf Muaythai Labuan dan penyertaan petinju dari Sabah iaitu Tim 3 RAMD (5 Briged).

Turut hadir menyaksika­n acara ini ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Mahanum Fauzi, Pengerusi MPPWP Labuan, Simsudin Haji Sidek dan Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Wilayah Persekutua­n Labuan, Zulhelmi Amran.

Menurut pengerusi penganjur perlawanan, Mejar Rosli Haji Daud acara itu juga bertujuan untuk mencungkil bakat baharu di dalam sukan tinju bukan sahaja dalam kalangan anggota pasukan keselamata­n malahan dalam kalangan warga Labuan sendiri.

Katanya, Labuan perlu menghasilk­an lebih ramai petinju yang berpotensi seperti Koh Chan Lee yang pernah memenangi pingat perak ketika mewakili negara ke Sukan Sea pada tahun 1971.

“Kami berharap menerusi perlawanan seperti itu, lebih ramai bakat baharu dapat dilahirkan sekaligus akan mewakili negara satu hari nanti,”katanya.

JUARA KESELURUHA­N: Tim 3 RAMD juara keseluruha­n Perlawanan Tinju Persahabat­an sempena Sambutan Bulan Sukan Negara 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.