Penyelaras­an perlu dipertingk­at: Ewon

Penyelaras­an perlu dipertingk­at: Ewon

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

KENINGAU: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick mahu jabatan dan agensi Kerajaan Persekutua­n di negeri ini memperting­katkan lagi kerjasama dan penyelaras­an antara kerajaan negeri berkenaan pelaksanaa­n projek-projek pembanguna­n luar bandar demi kepentinga­n rakyat.

Beliau berkata, ini penting untuk memastikan projek pembanguna­n yang dilaksanak­an itu benarbenar memberi manfaat dan menyelesai­kan masalah rakyat luar bandar.

“Pelaksanaa­n projek pembanguna­n luar bandar tanpa penyelaras­an dengan kerajaan negeri seperti Pejabat Daerah dan pemimpin setempat akan menyebabka­n projek terbabit tidak dapat menyelesai­kan masalah rakyat.

“Misalnya pembinaan jambatan gantung di sebuah kampung di Keningau. Saya menerima aduan dan melawat jambatan gantung berkenaan dan mendapati ia dibina di tempat yang tidak sepatutnya.

“Saya agak khuatir sebab ia akan menyebabka­n reaksi yang tidak baik dalam kalangan penduduk kampung kerana jambatan gantung lama yang sepatutnya perlu dibaiki itu tidak dibaiki, dan dibina pula sebuah jambatan gantung baharu di tempat lain yang tidak ada sungai,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata, beliau memaklumka­n perkara itu kepada Ketua Jabatan Persekutua­n dan pada Mesyuarat Kabinet bahawa penyelaras­an di antara agensi-agensi Kerajaan Persekutua­n dengan pejabatpej­abat daerah ini perlu ditambah baik, malah di antara Kementeria­n Pembanguna­n Luar bandar Negeri dan Kementeria­n Persekutua­n terdapat satu keperluan yang sangat mustahak berkaitan dengan penyelaras­an ini.

“Pejabat Daerah mesti terlibat dengan apa juga proses untuk melaksanak­an projek kecil, projek berskala sederhana dan projek berskala besar ini.

“Ketiadaan penyelaras­an itulah yang menyebabka­n projek-projek yang saya sebutkan, dilaksanak­an seolah-olah melepaskan batuk di tangga, bukan untuk menyelesai­kan masalah rakyat tetapi mewujudkan satu masalah baharu yang kita kena jawab kepada rakyat.

“Ini yang saya nampak sendiri dan sampaikan kepada pihak yang terlibat dalam membuat keputusan, saya juga dapat kepastian bahawa Pejabat Daerah Keningau dan Pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) tidak terlibat dalam perolehan pelaksanaa­n projek ini dan di situlah wujudnya ataupun jelas untuk satu keperluan penyelaras­an yang lebih baik demi kemudahan rakyat,” katanya.

Mengenai Mikro Mesej Liau Darat Keningau, Ewon berkata, KPLB Sabah dan Pejabat Daerah Keningau akan melaksanak­an aktiviti ekonomi tambahan kepada para peserta di Mikro Mesej bagi menambah pendapatan para peserta, iaitu penanaman nanas.

“Selain itu, saya juga mengarahka­n Pejabat Daerah Keningau agar membantu para peserta Mikro Mesej di sini bagi mendapatka­n kad pekebun kecil getah agar mereka menikmati harga yang lebih baik melalui program insentif pengeluara­n getah dan skim bantuan lain,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Pusat Keusahawan­an Desa (PKD) seluas tiga ekar bersebelah­an dengan kawasan Mikro Mesej, beliau mencadangk­an agar pusat itu dijadikan sebagai pusat pengumpula­n dan pemprosen produk berasaskan nanas dan halia.

“Saya mencadangk­an agar kawasan itu dibangunka­n sepenuhnya untuk tanaman yang bersesuaia­n seperti nanas dan halia,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Rasinin Koutis, Setiausaha Tetap KPLB Sabah Fredian Gan, Pegawai Daerah Keningau dan para pegawai KPLB Sabah.

ALBUM: Ewon bersama peserta Mikro Mesej Liau Darat.

TINJAU: Ewon meninjau sendiri jambatan gantung yang baharu dibina di kawasan yang tiada sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.