Van terbakar di tengah Tawau

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sebuah van rentung selepas secara tiba-tiba terbakar dengan sendirinya, di Jalan Milimewa Bandar Tawau, di sini kira-kira jam 11.27 pagi kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 pagi sebelum dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bersama enam orang anggota yang diketuai oleh PBK II Abd Malak.

“Setibanya di lokasi, kami dapati sebuah van sedang terbakar dan segera bertindak mengawal dan memadam kebakaran terbabit,” katanya.

Sharudy berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.46 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 11.48 pagi.

“Pasukan kita bertindak menamatkan operasi setelah keseluruha­n api berjaya dipadamkan sehingga persekitar­an diisytihar­kan selamat untuk orang awam,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan.

PERIKSA: Anggota bomba memeriksa keseluruha­n van sebelum mengisytih­arkan kawasan persekitar­an itu selamat.

AMANAT: Calon SPM SMK Membakut yang hadir mendengar amanat yang disampaika­n Arifin sempena majlis itu.

KENANGAN: Arifin merakamkan gambar kenangan bersama calon SPM di SMK Membakut.

PADAM: Anggota bomba bertindak pantas memadam api pada van terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.