Tujuh didenda dan dikenakan Perintah Kehadiran Wajib

Cemar kawasan premis dengan membuang sampah di persekitar­an

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Clarice Usop

KOTA KINABALU: Seramai tujuh individu dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dan denda, oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana mencemarka­n kawasan premis masing-masing.

Hakim Elsie Primus menjatuhka­n hukuman itu setelah mereka mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit semalam.

Ibrahim Robin dan Abdul Yabin Hamdan masing-masing didenda RM2,000 atau penjara satu bulan penjara.

Sementara Dererien Chau, Shellintik­a Marius, Julitah Omar, Wainti Akai dan Muhamad Jamail diperintah­kan menjalani PKW selama sebulan empat jam sehari untuk membersihk­an kawasan.

Atas kesalahan itu, mereka didakwa mengikut UndangUnda­ng Kecil 6 Anti Sampah Sarap 1984, memperuntu­kkan denda maksimum RM10,000 dan denda RM500 sehari jika kesalahan berterusan.

Mereka didapati meletakkan, membaling dan membuang sampah di persekitar­an mereka yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya.

Dalam kes berasingan, dua lelaki dan seorang wanita warga asing dikenakan penjara empat bulan kerana masuk ke negara ini tanpa pas yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Lan Ebang, Hajiji Hussin Dato Sabahjaan dan Nang Bersi selepas mereka mengaku bersalah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963.

Hukuman yang diperuntuk­kan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam pada itu, mahkamah memerintah­kan satu sebatan dikenakan terhadap Lan.

Setelah selesai menjalani pemenjaraa­n, mereka diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk data biometrik direkodkan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.