Bom ikan, dua lagi nelayan ditangkap

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh Amir Anuar

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menangkap dua nelayan Palauh kira-kira jam 8 malam, semalam, disyaki terlibat dalam aktiviti bom ikan di perairan daerah ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata pasukannya turut merampas pelbagai jenis ikan yang disyaki hasil tangkapan menggunaka­n bom ikan.

“Pergerakan kedua-dua suspek dikesan hasil Operasi Pensura berdasarka­n pemantauan Unit Risikan Marin (URM) sebelum perahu mereka berjaya dijejak,” katanya.

Pajeri berkata pasukannya menahan kedua-dua suspek yang berumur dalam lingkungan 40-an, pada masa sama, turut menahan perahu serta enjin pam digunakan.

Menurutnya, ikan pelbagai jenis kira-kira 40kg yang disyaki mati akibat terkena bahan letupan terbabit, ditemui di ruangan perahu semasa pemeriksaa­n dijalankan.

Mengulas lanjut, beliau berkata jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n RM5,210 dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985.

“Kedua-dua tangkapan dan kesemua barang rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

DITANGKAP: Dua suspek yang disyaki menjalanka­n kegiatan bom ikan berjaya ditangkap sepasukan PPM Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.