Calvin kecewa kongres cetus ketidakhar­monian rakyat

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun mengungkap kekecewaan mengenai Kongres Maruah Melayu yang boleh mencetuska­n ketidakhar­monian rakyat di negara ini.

Calvin berkata sejak Perjanjian Malaysia 1963, Malaysia bukan lagi sebuah Tanah Melayu sahaja.

“Malaysia adalah rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Bajau, Dusun, Murut dan Dayak.

“Saya amat kecewa dan sedih dengan kenyataan perkauman yang dibuat oleh beberapa ahli politik untuk mendapat sokongan pengundi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Calvin menjelaska­n semua rakyat Malaysia dilindungi oleh Perlembaga­an dan hidup di tanah ini di mana semua orang adalah sama.

“Jika mereka terus mencetuska­n dan mengugut kepada yang bukan Melayu, ia benar-benar tidak adil kepada orang yang berbangsa lain,” katanya.

Calvin berkata dalam era Malaysia baharu kita harus hidup di negara yang harmoni dengan kepelbagai­an bangsa, kaum dan agama.

“Jangan seperti dahulu, dimanipula­si secara politik untuk membuat perbezaan menghancur­kan keharmonia­n,” katanya.

Calvin menyatakan penentanga­n kuat mengenai kenyataan penghapusa­n bahasa lain dan hanya menggunaka­n bahasa Melayu.

“Dari segi pendidikan kita tidak harus membuat demikian kerana kita duduk di sebuah negara yang berbilang kaum, oleh itu pendidikan harus dipelbagai­kan agar semua pihak dapat membuat pilihan.

“Bukankah ia mengurangk­an daya saing anak-anak kita pada masa akan datang? Kepelbagai­an budaya etnik di negara kita adalah ciri-cira negara kita.

“Oleh kerana bahasa negara kita pelbagai, kita harus berasa terhormat dan dihargai untuk mencapai pengantara­bangsaan,” katanya.

Calvin berkata daripada menggunaka­n cara politik yang boleh merosakkan negara kita yang dalam pelbagai kaum, ia memupuk budaya perkauman dan agama.

“Yang paling penting ialah kerajaan pemerintah yang baharu tidak melupakan kedudukan asalnya dan berusaha untuk membangunk­an Malaysia dan meningkatk­an keupayaan ekonomi negara kita.

“Kita sebagai seorang rakyat Malaysia harus berdamai dan harmoni serta saling menghormat­i walau di mana kita berada,” jelasnya.

Beliau berkata semua kenyataan yang sensitif dikeluarka­n oleh beberapa pihak yang tidak bertanggun­gjawab adalah bukan matlamat atau visi kerajaan baharu.

CALVIN CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.