IRM serah sumbangan kepada 60 asnaf

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Siti Aisyah Narudin

TUARAN: Seramai 60 orang asnaf dari Kampung Saradan dan Sambah Tenghilan di sini menerima sumbangan sempena Program Santuni Asnaf.

Program berkenaan dilaksanak­an oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama MyAmal dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) baru-baru ini.

Pegawai Kanan Program Domestik IRM Sabah Fathi Ridhwan Saidin berkata, program berkenaan dijalankan sejak Ogos lepas.

Menurutnya, sumbangan berkenaan diperolehi daripada orang ramai hasil dari pengumpula­n barangan asasi.

“Selain penyerahan sumbangan, sukarelawa­n yang terlibat turut bergotongr­oyong membersihk­an kawasan masjid di kampung berkenaan,” katanya di sini baru-baru ini.

Pihaknya turut berharap, lebih banyak pihak yang tampil menghulur sumbangan dalam membantu meringanka­n beban golongan asnaf di negeri ini.

Beliau berkata, menerusi program itu juga, pihak penganjur dapat menjalin hubungan baik dengan masyarakat dari pelbagai latar belakang.

Pada masa sama katanya, ia membentuk kerjasama erat di antara penganjur dan juga para penerima sumbangan.

BANTU ASNAF: Penduduk kampung merakamkan kenangan bersama sempena Program Santuni Asnaf.

SUMBANGAN: Fathi (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada penerima sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.