Polis tahan dua lelaki, rampas dua motosikal curi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Vivi Olviana Najurus

BEAUFORT: Polis berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai menjalanka­n kegiatan pecah rumah dan tokong selain mencuri motosikal di beberapa kawasan termasuk Weston di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­den Azmir Abd Razak berkata, suspek masing-masing berumur 21 dan 24 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sini.

“Bertindak daripada aduan orang awam berkenaan kehilangan dua motosikal di sini, kita menjalanka­n risikan sebelum mengesan suspek pertama di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kuala 2 Jalan Baru Kinarut Papar pada 8 Oktober kirakira jam 10.38 pagi.

“Suspek berumur 24 tahun itu mengaku melakukan kegiatan mencuri motosikal sebelum memberikan pendedahan berkenaan rakan sejenayah di Beaufort,” katanya.

Menurutnya hasil pendedahan itu kemudianny­a berjaya mengesan seorang lagi suspek berumur 21 tahun yang ditahan di Kampung Luagan Senangin di sini kirakira jam 9.37 pagi.

“Semasa serbuan dijalankan polis berjaya merampas dua motosikal yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Permohonan reman akan dibuat terhadap kedua-dua suspek bagi menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembang­an berasingan, dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 31 tahun ditahan selepas memiliki 5.28 gram syabu yang dianggarka­n bernilai RM600 dalam satu serbuan di Kampung Pimping Membakut.

Kedua-dua suspek warga tempatan itu kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

RAMPASAN: Salah satu motosikal yang berjaya dirampas semula semasa penahanan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.