Lelaki didakwa miliki dadah seberat 0.84 gram

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berhadapan pemenjaraa­n maksimum lima tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memiliki dadah seberat 0.84 gram.

Datu Azman Datu Sulaiman, 39, yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu bersama Mohd Nazri Jaidin, 26, yang mana mereka didakwa mengikut seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika didapati bersalah, selain hukuman penjara boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp [email protected] Stephanie Kupit menyatakan laporan kimia sudah diperolehi.

Namun beliau tidak mencadangk­an ikat jamin diberikan kepada Datu Azman kerana sebelum ini telah dikeluarka­n waran tangkap.

Suzie juga memohon saman dikeluarka­n kepada Mohd Nazri yang gagal hadir di mahkamah semalam.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes terhadap tertuduh pertama dan saman kepada tertuduh kedua masing-masing pada 24 Oktober.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada Datu Azman yang diperintah­kan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.