Dua pelajar sekolah antara 866 pesalah dadah ditahan di Papar

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Dua pelajar sekolah adalah antara 866 suspek dadah yang ditahan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar merangkumi keseluruha­n 844 kes sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­den Batholomew Ak Umpit berkata, tangkapan yang dicatatkan sehingga 8 Oktober itu termasukla­h tiga pengedar mengikut Seksyen 39A (2) dan 27 yang lain mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kira-kira 137 ditahan mengikut Seksyen 12(2) kerana memiliki dadah manakala 699 lagi ditahan kerana terlibat dalam penyalahgu­naan dadah mengikut Seksyen 15(1) akta yang sama,” katanya.

Menurutnya sepanjang tempoh itu pihaknya berjaya merampas keseluruha­n 247.56 gram syabu.

Sementara itu, katanya, dalam Ops Sarang yang dijalankan bermula Januari sehingga 9 Oktober ini pihaknya berjaya mencatatka­n seramai 380 tangkapan membabitka­n pelbagai kesalahan dadah dalam 66 serbuan di sekitar Papar dan Kinarut.

“Daripada jumlah terbabit 325 adalah warga tempatan manakala 55 yang lain adalah warga asing dan operasi ini akan terus ditingkatk­an bagi mengekang aktiviti penyalahgu­naan dadah di daerah ini.

“Kita juga mengucapka­n terima kasih kepada bantuan serta sokongan orang awam kerana menyalurka­n maklumat dalam usaha menangani gejala dadah bersama anggota keselamata­n,” katanya.

BATHOLOMEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.