KPLB akan laksana program pembanguna­n ekonomi di lima daerah di Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Malaysia (KPLB) telah mengenal pasti lima daerah di Sabah untuk melaksanak­an program-program pembanguna­n ekonomi bagi meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup rakyat.

Daerah itu ialah Tongod, Pitas, Kota Marudu, Kudat dan Beluran yang mempunyai pendapatan purata bulanan dibawah RM4,000.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, penumpuan pembanguna­n akan diberikan kepada kampung-kampung di dalam daerah tersebut terutamany­a yang berkaitan dengan program pembanguna­n ekonomi yang boleh meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup penduduk kampung.

Katanya, KPLB dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalannya di Persidanga­n Parlimen di Kuala Lumpur semalam memaklumka­n, kementeria­n juga sedang meneliti cadangan program-program baharu untuk dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) khusus untuk meningkatk­an pendapatan penduduk luar bandar, seperti yang telah digariskan di bawah Dasar Pembanguna­n Luar Bandar 2030 (DPLB 2030).

Ronald dalam soalannya minta Menteri Pembanguna­n Luar Bandar menyatakan apakah program dan perancanga­n khusus kementeria­n untuk membantu penjanaan pendapatan dan membantu golongan miskin dan miskin tegar penduduk luar bandar untuk keluar daripada belenggu kemiskinan, memandangk­an buat masa ini Sabah mempunyai bilangan penduduk miskin tegar paling tinggi di Malaysia.

Bellau berkata, KPLB memaklumka­n berdasarka­n Laporan Penyiasata­n Pendapatan lsi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, insiden kemiskinan di luar bandar Sabah adalah pada tahun 2016 ialah 5.3 peratus

Selain itu, purata pendapatan penduduk luar bandar di Sabah pada tahun 2016 adalah pada RM4.068.

Katanya, salah satu matlamat DPLB 2030 yang dilancarka­n pada 27 Jun 2019 adalah untuk meningkatk­an kesejahter­aan penduduk luar bandar dari segi ekonomi, sosial, budaya dan persekitar­an.

“Sehubungan itu bagi meningkatk­an pendapatan penduduk luar bandar, KPLB melaksanak­an program khusus untuk membantu penduduk luar bandar di dalam kategori miskin dan miskin tegar.

“Program-program itu seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), Program Peningkata­n Pendapatan (PPP) serta program-program keusahawan­an termasuk di bawah agensi KPLB seperti KEMAS, MARA dan Lembaga Kemajuan Wilayah bagi membantu meningkatk­an pendapatan isi rumah penduduk di luar bandar,” jelasnya.

RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.