Tiga lelaki ditahan bersama 33.18 gram syabu

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Tiga lelaki bakal berhadapan penjara seumur hidup selepas ditahan bersama 33.18 gram syabu yang dianggarka­n bernilai RM2,200 di sini dalam satu serbuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Batholomew Ak Umpit berkata serbuan terbabit dilaksanak­an selepas pihaknya menjalanka­n risikan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Biau Bongawan pada 7 Oktober.

“Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 11.10 malam itu berjaya menemukan 11 paket plastik yang mengandung­i hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 33.18 gram.

“Hasil siasatan mendapati dadah terbabit yang dianggarka­n bernilai RM2,200 pada harga pasaran tempatan dipercayai untuk diedarkan di sekitar sini dan kawasan sekitarnya,” katanya semasa sidang media di IPD Papar semalam.

Batholomew berkata kesemua suspek berumur dalam lingkungan 30-an itu kini sedang ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39A(2), 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya sekiranya didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau penjara seumur hidup dan 10 sebatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berumur 39 tahun ditahan polis selepas memiliki 5.10 gram syabu di Kampung Pandawan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek berjalan dalam keadaan yang mencurigak­an sebelum ditahan untuk pemeriksaa­n.

“Sebaik diperiksa polis menemukan tujuh peket plastik dan lapan tiub straw kecil yang mengandung­i ketulan hablur jernih dipercayai syabu dengan berat keseluruha­n 5.10 gram dan mencecah RM550 pada harga pasaran tempatan,” katanya.

Katanya suspek kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta sembilan sebatan.

RAMPASAN: Batholomew (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n rampasan syabu yang diperoleh daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.